Korang sedang solat
sunat di dalam rumah BERSENDIRIAN,tiba-tiba, korang terdengar pintu rumah
dibuka dan rupanya orang rumah korang balik...
"ASSALAMUALAIKUM!!"
ucap orang rumah korang.
Apa
korang kena buat???
1. jawab salam tu
wajib, manakala solat sunat tu adalah sunat, yang wajib perlu didahulukan...
nak kena berenti solat sunat dan jawab salam ke??? atau
2.
buattt deeeekkk je ucapan salam tu and teruskan solat sunat...
“Dan
apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti
memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik
daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah
sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisaa’:86)
Petikan
surah di atas ialah dalil wajib menjawab ucapan penghormatan seseorang... maka,
jawablah salam walau dalam solat seperti apa yang rasul saw buat ketika diberi
salam ketika baginda sedang solat,
"Bilal
bin Rabah pernah melihat Nabi saw menjawab salam orang ansar ketika dalam solat
dengan cara memberi isyarat iaitu MEMBUKA TAPAK TANGANNYA....." dari
riwayat abu daud & at-tirmizi.