"QU Puteh, Barulah Putih', satu slogan yang mungkin agak
kelakar pada pendengaran, malah sesetengah orang berasa terganggu apatah lagi
apabila diulang berkali-kali. Hakikatnya, slogan tersebut telah berjaya
melonjak kembali populariti pengasas produk kecantikan terkenal tanah air Datuk
Seri Vida.
Berikut adalah 15 fakta menarik tentang Datuk Seri Vida:
Berikut adalah 15 fakta menarik tentang Datuk Seri Vida:
- Berniaga sejak kecil.
- Nama diberi Hasmida. Dapat nama Vida dengan namanya Ida dan dia rasa V itu bertuah kerana pada zaman itu kereta perdana V6 dan Volkswagen sangat femes.
- Semasa universiti berniaga juga, ketika itu tiada orang pakai motor tapi Dr.Vida dah pakai kereta.
- Bergelar pendidik. Sewaktu kerja sebagai pendidik dia telah berusaha dan memiliki beberapa salon.
- Selepas ada salon dia cuba untuk buat produk sendiri. Dia habis sebanyak rm800k untuk produk ya namun satu sen tak balik modal.
- Selepas itu dia tidak putus asa dan beroleh idea untuk memasarkan produk untuk golongan tua iaitu pamoga.
- Dia hasilkan pamoga sebanyak 500 botol dan setahun baru habis produknya walau berbagai marketing yang dia lakukan.
- Selepas dia berhenti kerja dia sendiri marketingkan produknya, barula meletup.
- Setelah meletup produknya, Dr.Vida diberikan dugaan yang amat besar. 2 anak lelakinya mati dalam kebakaran.
- Dr.Vida tidak mampu menatap wajah anak-anaknya yang telah meninggal. Anak-anaknya meninggal disebabkan kebakaran iaitu lemas asap, berdarah telinga dan mulut.
- Sejak peristiwa itu Dr.Vida banyak muhasabah diri. Berdiam siri dari dunia ‘glamour’ selama 2 tahun.
- Sekarang dia BANGKIT dan muncul kembali bergiat aktif dalam dunia perniagaannya. Menaja pelbagai rancangan TV yang ramai peminat.
- Dr.Vida pesan zakat kena bayar. Baru cepat bisnes maju.
- Hati mesti baik dan sentiasa tolong orang.
- Beliau juga memesan supaya sentiasa bersedekah.
- Ujian hebat untuk orang hebat. Sentiasa berusaha dan anggap yang berlaku semua Allah dah buat yang terbaik-Dr.Vida