25 tahun yang lalu, dunia
diperkenalkan kepada album ‘Nevermind’ dari kumpulan Nirvana. Masih
dianggap sebagai antara album terbaik sepanjang zaman, pada 1991
‘Nevermind’ berjaya melonjakkan nama Kurt Cobain juga irama muzik grunge
dari dataran underground ke
arena arus perdana, sekaligus mempengaruhi gerakan muzik, fesyen dan
budaya pop sepanjang dekad ’90-an.
And who can forget that album
cover? Biarpun kulit album ‘Nevermind’ kini dianggap antara yang
paling bersejarah dalam industri muzik moden, gambar cover ini sebenarnya berlaku
secara kebetulan, atau ‘fluke’. Konsep seni asal Kurt Cobain ialah
untuk menggunakan imej ‘water birth’ namun setelah gagal mencari imej yang
sesuai, syarikat rakamannya, Geffen Records, mengupah khidmat jurufoto underwater, Kirk Weddle untuk menghasilkan satu gambar berdasarkan kriteria asal
itu.
Pada 28
Oktober, 1991, Kirk pun meminta izin rakannya, Rick Elden untuk merakam
gambar anaknya, Spencer yang baru berusia 4 bulan, di dalam sebuah kolam renang
di The Rose Bowl Aquatics Center, Pasadena. “Si ibu berdiri di sebelah kiri
saya, dan meniup angin ke muka bayi itu,” Kirk bercerita. Rick menambah, “Bayi
punyai ‘gag reflex’. Jika anda meniup muka mereka, mereka akan menahan nafas.”
Kemudian
Spencer pun ditenggelamkan ke dalam kolam renang, ‘Klik! Klik!’ gambar dirakam,
dan dengan segera bayi itu dikeluarkan semula. Kirk
merakam 18 frame per saat, jadi Spencer
ditenggelamkan selama 2 saat sahaja. Proses itu diulang untuk kali kedua,
“… and
that was it,” jelas Kirk. Penggambaran mengambil masa hanya 15
saat, dan Rick dibayar upah USD200. Unsur grafik wang satu dolar dengan
mata kail pula dimasukkan oleh syarikat rakaman kemudiannya. Dan dengan begitu
sahaja, history was made.
Hingga kini, bayi asal muka depan
‘Nevermind’, Spencer Elden sentiasa mendapat pelawaan untuk menghidupkan
kembali imej ikonik album itu menjelang setiap lima tahun ulangtahunnya. Sudah
pasti, tahun ini agenda yang sama diusulkan oleh The New York
Post. “Ulangtahun ini memberi suatu
makna kepada saya,” jelas Spencer kepada akhbar itu. “Rasa pelik pabila
sesuatu yang saya lakukan sekadar lima minit tatkala berusia 4 bulan suatu
masa dulu, kini menjadi satu imej yang betul-betul ikonik. It’s cool but weird menjadi
sebahagian daripada satu sejarah cukup penting yang pada hakikatnya saya
sendiri tak mampu untuk ingat pun.”
Sempena anniversary ke-25
‘Nevermind’ tahun ini, imej Spencer terapung di dalam kolam renang telah
diabadikan oleh jurufoto John Chappel pula.
Menarik lagi, gambar ini diambil dalam kolam renang yang sama di The Rose
Bowl Aquatics Center. Dan sebagaimana ayahnya dahulu, Spencer juga diupah
USD200.
Tatapi
sebahagian daripada evolusi Spencer sebagai ‘the Nirvana baby’ pada album
cover ‘Nevermind’
hingga interpretasi terbarunya kini.