GEMPAK: 5 PANGGUNG WAYANG PALING BEST DI DUNIA


Apabila menonton filem di panggung wayang, pasti kamu mencari tempat yang menarik dan paling utama sekali ialah selesa ketika menonton.

Sebelum ini, beberapa individu telah viralkan keadaan di dalam panggung wayang yang mempunyai katil dan ia tampak lebih selesa bagi penonton untuk menonton filem yang mereka sukai.
 
Tahukah kamu bahawa Malaysia salah satu negara tersenarai memiliki panggung wayang yang selesa? Jom tengok negara-negara yang mempunyai panggung wayang yang paling selesa di dunia!

Electric Cinema (England-United Kingdom)



Di sini, peminat filem boleh menentukan tempat duduk mereka termasuklah bahagian armchair, sofa dan lebih menarik lagi ialah sebuah katil.

Perbezaan pawagam ini, mempunyai katil dan ia terletak di barisan paling hadapan. Jika di Malaysia, barisan di hadapanlah paling ramai tidak suka kerana kamu terpaksa mendongak dan tidak akan faham jalan cerita filem tersebut!

Velvet Class, Blitz Megaplex Pacific Place (Jakarta-Indonesia)


Pawagam ini merupakan pawagam yang paling besar di Indonesia. Mereka mempunyai beberapa cawangan di sekitar Indonesia dan tidak semua memiliki katik seperti Pacific Place.

Bagi kamu yang ingin memilih katil, ia dikenali sebagai 'Velvet Seating' dan meja kecil turut disedikan bagi memudahkan penonton untuk meletakkan snek dan minuman yang dibeli.

Harga untuk setiap filem yang ingin ditonton dengan menggunakan Pacific Place ini hanya USD20 sahaja.

Beanie,TGV (Malaysia)


Malaysia turut tersenarai memiliki pawagam paling selesa di dunia? Ya, dengan pilihan di 4 buah negeri, kamu boleh memilih di mana tempat yang kamu ingin tonton filem.

Untuk pengetahuan kamu, TGV turut mempunyai bilik khas yang dikenali sebagai Beanie di 1st Avenue (Penang), 1 Utama (OU), Sunway Pyramid, Setiawalk (Selangor) Bukit Indah (Johor), Cheras Sentral dan Strand Mall.

Beanie ini kelihatan seperti katil yang diperbuat daripada 'bean bag' yang memberikan keselesaan kepada penonton apabila menggunakannya.

Paragon Cineplex (Siam Paragon-Thailand)


Selain daripada katil yang selesa, kamu boleh dapati makanan, minuman, makanan pembuka selera dan satu hidangan pop corn ketika melanggannya

Pawagam ini terletak di Siam Paragon Mall, Paragon Cineplex turut menyediakan pelayan untuk membantu kamu. Dengan harga USD91 seorang, kamu akan dapat sekeping tiket wayang dan katil sebagai tempat duduk. Menarik bukan?

Ikea Bedroom Cinema (Moscow-Rusia)



Jika kamu datang ke Rusia, pawagamnya menyediakan set bilik tidur, termasuklah selipar, kain buruk, lampu meja dan selimut.

Cine de Chef (Seoul-Korea Selatan)




Mempunyai 30 tempat duduk yang selesa di samping hidangan perancis ketika menonton wayang. Tiket masuk untuk setiap tayangan sekitar RM150 seorang.