Aku selalu
je rasa masa berlalu dengan pantas, especially bila time hari cuti awam or
sabtu ahad. Isnin dah start balik masuk ofis. Aduhaiiiii....... boring
giler.
Bila time
kerja plak, aku terasa macam lama jeeeeeeeeeeee... Ku sangkakan dah pukul 5
petang, padahal jam baru menunjukkan jam 330 petang. Bila habis pukul 5 petang,
balik rumah, kejap jeeee dah pukul 9 malam. Pejam celik pejam celik
,sedar-sedar dah pukul 11 malam. Masa untuk tidur, sebab esok nak kerja
balik... KERJA??? Aduhaiiiiii!!!
Bila time
workload banyak kat ofis, kerja simple yang mungkin makan masa sejam pun, aku
perlukan masa satu hari nak siap.
Ni satu
lagi, contoh la aku pergi bercuti empat hari kat mana-mana pusat percutian, aku
TAK terasa totally enjoy dengan percutian aku tu. Apa yang aku rasa, aku
membazir duit dan aku terasa aku macam orang bodoh. So, dari situ aku rasakan
aku tak perlu bercuti jauh-jauh, cukup la sekadar cuti dalam rumah je. Jimat
duit, but still the boring surrounding me.
Why
haaa??? Tell me why???
The answer
is how much i spend my time to Allah??? If you have time to Allah, then Allah
will give you time.
Semasa
bekerja, aku seolah-olah terasa masa lambat bergerak. Allah bagi macam tu
supaya aku akan pergunakan masa kerja tu sebaik-baik mungkin untuk aku
beribadah. Beribadah bukan bermaksud aku kena baca quran ke, solat sunat ke
tapi ibadah untuk aku melaksanakan segala tugas-tugas dekat pejabat tu. Aku
plak bekerja dekat Pejabat Agama. Tugas-tugas aku merangkumi perihal-perihal
mendidik umat Islam tentang perihal zakat. Tak cukup dengan tu, aku kena bina
satu institusi yang kuat kewangannya. Untuk apa kuat kewangan?? Bila kewangan /
dana Islam kuat, kita boleh tolong orang yang perlukan pertolongan.
Orang
datang ke pejabat agama dengan pelbagai ragam. Ada yang datang pasal nak
daftar kahwin. Ada yang datang pasal nak nak nasihat rumahtangga. Ada yang
datang pasal nak minta bantuan kewangan, ada yang belajar pasal agama, ada yang
nak bayar zakat dan ada gak yang datang pasal buat dosa sebab berkhalwat.
Tapi masa
aku bekerja ada aku buat ibadah??? Takde, orang datang nak tanya pasal zakat,
dalam hati aku cakap LECEHHHH LAAAAAA... Bila orang kena tangkap khalwat, aku aib-aibkan
orang tu dengan kawan-kawan lain. Bila ada orang nak masuk Islam, otak aku
cakap dia masuk Islam sebab nak kahwin semata-mata or maybe nak duit baitulmal.
Bila ada orang nak minta tolong, aku terasa mereka tu menyusahkan aku.
Allah bagi
aku peluang, Allah lambatkan tempoh masa untuk aku bekerja sebagai satu ibadah.
Aku sia-siakan peluang tu.
Bila aku
bercuti, aku terasa masa pantas je. Sebab apa??? Allah nak elakkan aku daripada
buang masa dengan dosa-dosa. Allah cepatkan masa cuti tu supaya aku akan
kembali bertugas di pejabat untuk aku beribadah kepada masyarakat. Bila aku
bercuti aku buat apa??? Aku keluar tengok wayang, aku tengok tv, jogging sambil
tengok bontot amoi-amoi, tidur sampai terlepas waktu solat dan surf internet
tengok fitnah-fitnah yang ada dekat status FACEBOOK.
Dulu, masa
aku belajar aku tak pernah terasa masa belajar tu singkat. Masa time kelas
bermula, aku terasa macam masa berlalu lamaaaaaaaaaaaaa jeeeee.... KECUALI bila
cikgu kelas tu seksi melampau-lampau. Kalau cikgu tu seksi melampau-lampau,
aikkkkk cepat plak terasa masa berlalu.
So,
ternyata kat sini, bila kita menuntut ilmu, kita tak terasa masa masa berlalu
dengan pantas. Allah bagi tempoh lama kepada kita supaya kita akan lebih faham
dan jelas dengan ilmu yang kita belajar tu.
Dalam
tahun 2012 ni, aku tengok ada lah beberapa perubahan yang ada kat aku.
Antaranya aku turun 16 kilo berat badan. At least, tahun 2012 aku ada satu
benda yang ada hasil. Tapi dari segi ekonomi, ada perubahan gak. Dulu, aku
boleh SAVE RM5000 setahun, tahun 2012, yilllleeeekkkk................
Padahal gaji tahunan naik dowhhhh!!!!! Seperti tahun-tahun sudah, tiada
perubahan karier aku. Masih di tahap yang sama. Means, prestasi teruk....
Yupppppppp......
Aku pernah
cakap kat sorang ustaz,
"Ustaz,
saya selalu rasa masa bergerak pantas.Cuti pun rasa macam tak puas..."
Ustaz tu
cakap,
"Masa
bukan untuk diisi dengan kepuasan, tetapi kena isi dengan ilmu pengetahuan dan
tanggungjawab."