Puan Rozita Ibrahim berasal dari
Sungai Besar, Selangor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau
merupakan anak sulung dari enam adik-beradik adalah anak kepada pasangan guru
agama dan suri rumah.
Sebelum beliau bergelar jutawan pada
hari ini, anaknya pernah diberi minum sirap bagi menggantikan susu seawal usia
3 bulan dan membeli baju lelong berharga RM0.50 setiap satu sebagai baju raya
anak-anaknya. Ia tidak berhenti setakat itu sahaja apabila salah seorang
anaknya meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan terbaik
bagi menyembuhkan keadaaan anaknya.
Kehidupannya yang susah itu telah
membentuk jati diri yang kuat di dalam diri Puan Rozita Ibrahim. Pengalaman bekerja
sebagai penoreh getah yang keluar menoreh seawal 1 pagi, bekerja di kilang,
menjadi penyambut tetamu dan eksekutif promosi dan pemasaran serta menjalankan
perniagaan jualan langsung telah memberikan pengajaran yang bermakna dalam
membentuk empayarnya.
Puan Rozita Ibrahim menceburi bidang
perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual surat khabar, majalah dan nasi
lemak dengan menggunakan motosikal. Setelah itu, beliau menggandaikan barang
kemasnya untuk memulakan perniagaan herba dengan modal RM400. Herba-herba itu
dijual secara direct selling dari rumah ke rumah.
Bagi meyakinkan para pelanggannya,
Puan Rozita Ibrahim sendiri yang mencuba produk herba itu dan menjadi testimoni
pertama produknya. Maka, beliau menggemukkan badan sebanyak 3 kali dan memakan
produk herba tersebut sehingga memberikan hasil yang memuaskan.