Aku dan Wani dah takde apa-apa dah. Mungkin dulu kita pasangan kekasih yang saling kentut mengentut antara satu sama lain. Tapi sekarang, kami hanya kawan. Restu mak ayah tu sangat penting kalau nak diteruskan ke alam perkahwinan.
Walaupun
dah putus, Wani tetap best buddy aku. Wani, seorang mualaf yang memeluk Islam 2
tahun sudah yang mana asalnya seorang free thinker dan tiada seorang pun adik
beradik dia yang memeluk Islam. Dulunya, dia free hair sekarang dah bertudung.
Dulunya, masa nak belajar al fatihah terpaksa aku tulis dalam tulisan rumi
untuk dia hafal, tapi sekarang, baca Al Quran takde la nak makan masa 15 minit
untuk 2 ayat Al Quran macam mula dia memeluk Islam dulu. Alhamdulillah.
Semalam
aku call Wani.
"Assalamualaikum
makcik Wani..."
"Pakcikkkkkkkkkkkkk!!!!!!
Haaaaaaa... ngaper nyer?" balas Wani call aku dalam keadaan yang excited.
"I
miss your bau kentut laaaaa.." jawab aku.
"I
miss ur kentut tooo!!!!" dia balas.
"Wani...
I ada masalah ni. Can i share wif u???"
"Hmmmm...
masalah apa tu??? I'm here listening..." dia jawab.
Ye
ke listening kat masalah aku??? Latar belakang bunyi telefon dia tu aku dengar
macam bunyi orang tengah main playstation je. Wani memang suka main playstation
pun. Hobi dia..
"U
pause la dulu game PS u tuuu!!!" aku sergah dia.
"Ye
yeeeeeee.... Mana u tau I tengah main PS???"
"Macam
la i tak tau.."
So,
aku pun cerita la kat Wani yang aku ada masalah tentang pekerjaan aku. Aku
actually fed up giler babeng dengan kerja aku. Aku ceritakan kat dia yang aku
dalam dilema samada aku should berhenti kerja and find another job or running a
business. Aku fed up dengan kerja yang aku selama ni buat kat ofis. Dah la gaji
ciput, kerja kontrak pulak tu, bos pulak jenis hampeh, kawan-kawan ofis plak
kaki kroni. Kerja berlambak-lambak sampai boleh bikin orang takde darah tinggi
boleh dapat darah tinggi. Tapi at the same time, aku takut dengan condition
ekonomi sekarang yang mana agak susah untuk aku cari kerja lain or set up a new
business.
Korang
tau apa Wani cakap???
I
DONT GET IT... - kata aku dalam hati.
Seolah-olah
Wani boleh baca persoalan aku, dia reply lagi,
"Maybe
hati you kotor and pemikiran you tumpul. Hati kena bersih and pemikiran kena
tajam. If salah satu je yang ada, tu yang menyebabkan kita keliru dalam membuat
keputusan. You tak boleh nak decide samada nak ikut kata hati or akal
pemikiran. Meanwhile, syaitan akan membisik you untuk buat keputusan yang
salah. Do you get it???"
"Tolong
explain..." tanya aku lagi.
"Masa
I masuk Islam dulu, I tak fikir apa-apa. I cuma nak u jeeee.. So I ikut kata
hati. I cerita kat kawan-kawan I yang I nak convert to Islam but my
frens cakap kalau I masuk Islam semata-mata nak kahwin, pointless. So, masa tu
I berfikir. So I discover Islam dengan helping kawan-kawan Islam I and u. Masa
tu, I tengok besarnya tanggung jawab sebagai umat Islam. Nak jaga pemakaian la,
nak jaga pemakanan la, nak sentiasa bersih la.. Tu belum masuk perihal nak jaga
rukun-rukun Islam dan iman. Seksanya I rasa masa tu!!! Rasa macam tak nak je
masuk Islam. I couple dengan orang lain lagi bagus instead couple dengan u.. U
pun bukan jenis alim sangat. Solat kantoi... Selalu pakai seluar pendek. Suka
mencarut... Lepas tu asyik main-main kentut kat muka I je..."
"Eh...eh...aku
plak??? Kira i ni tak helping u langsung la dalam discover Islam??" tanya
aku.
"Hmmm...
from 100%, u tolong I dalam 2% je kot. Hehehehehehehehe..." dia reply.
Betul
kata Wani tu. I rasa I... eeehhhh... ter I plak... Aku rasa aku tak pernah pun
tolong dia discover Islam sangat. Kalau dating dengan dia, boleh dikatakan
lebuh solat zohor, asar dengan maghrib. Nama je Islam...
Huhuhuhuhuhu...
"Masa
I decide nak peluk Islam, I terbayangkan parents I dan siblings I. I takut
diorang tak boleh terima keputusan I. Masa tu, syaitan tu bisik kat I JANGAN
MASUK ISLAM. Banyak tanggung jawab. I stress sangat-sangat. Masa I kerja kat
KL, i stay dengan housemate orang Melayu yang alim. I tengok diorang boleh
pikul tanggung jawab sebagai umat Islam dengan mudah sekali. Boleh bangun
pagi untuk subuh, jaga kebersihan diri and even nak keluar angkat kain jemuran
kat ampaian masa time hujan pun diorang kelam kabut tukar baju lengan panjang
dan tutup kepala dengan tuala dulu baru keluar ambil kain-kain jemuran. So I
rasa that was awesome!!!"
"Teruskan..
teruskan..." aku terkedu dengar cerita Wani.
"Masa
sebelum I convert , hati I kotor. Kotor dengan ketakutan tanggung
jawab. Tapi macam mana I nak bersihkan kekotoran ketakutan tanggungjawab tu?? I
duduk dengan orang-orang soleh. I tak minta diorang tolong ajarkan I Islam, i
just glance thru je dengan diorang apa yang diorang buat dalam seharian. So,
lama-lama I makin berani. I makin berani untuk mencuba pikul tanggung jawab if
I convert to Islam."
Tuuutttttttttttttttttttttttttttt...............
Sekali
line tipon terputus la plak. Kredit habis. Haaa tu la guna lagi Celcom
prepaid!!! Call sekejap dah habis prepaid... Haiiihhhh.... Tarak guna punya
Celcom. Timbul balik stress aku... Ok kawan-kawan,lepas ni kita guna prepaid
Digi ye...Huhu, iklan Digi kejap.
Barulah
aku tahu, hati kita kena selalu dicucikan. Akal pemikiran plak kita kena
sentiasa tajamkan.Kalau hanya akal je yang tajam tapi hati kotor, kita memang
akan sentiasa dalam keraguan. Kalau hati je bersih tapi akal tumpul, kita pun
akan sentiasa dalam keraguan.
Hati
aku kena bersih. Supaya aku tak takut dengan sebarang keputusan yang aku buat
dan sekiranya berlaku dugaan selepas aku buat keputusan, aku kena bersihkan
hati aku dari perasaan menyesal, putus asa atau menyalahkan orang lain.
Pemikiran
aku kena tajam. Kalau aku punya pemikiran lemah, aku akan mudah termakan
pendapat-pendapat orang lain yang entah betul atau tidak. Silap-silap kalau aku
terikut pendapat orang yang salah, merana la aku.
Sekarang
ni aku terfikir, aku nak berhijrah daripada prepaid Celcom kepada Digi or not.
Hmmmmmmmm... hati bersih akal tajam... Ok Wan, buat keputusan!!!
Maybe
esok pagi aku akan call Wani sambung cerita tentang Hati dan Pemikiran
lagi.