Rahsia oh rahsia…
Lagi dikata rahsia lagi ramai yang
nak tahu ye tak?
Ada banyak rahsia yang tak boleh
bagitau, tapi rahsia lelaki ni dah ramai perempuan tahu atau terlepas pandang.
Kalau macam tu tak nama rahsia dah
la.. eh?
Anda boleh cek kat bawah ni mana satu
yang pasangan anda lakukan senyap-senyap belakang anda.
RAHSIA 1: Lelaki Pilih Isteri
Bertanggungjawab Dan Memahami Berbanding Cantik
Okey pelik tapi benar!
Perempuan
selalu menganggap lelaki mengutamakan
kecantikan walaupun dirinya tak hensem mana pun.
Memang betul, tapi mereka lebih suka
cuci mata atau ada awek yang cantik tapi bukan dalam memilih suri hidupnya.
‘Pepatah’ yang nakal dan famous kat
FB baru-baru ni ada berkata :
“Kalau lelaki utamakan kecantikan
takdelah Fasha Sanda dan Nora Danish diceraikan.”
Hmmm…
RAHSIA 2: Sebelum Tidur Lelaki Akan
Memikirkan Wanita Yang Disukainya
Bangun subuh mandi solat semua dan
bersiap untuk ke tempat kerja setiap hari adalah rutin yang membosankan.
Ditambah lagi dengan masalah dekat
tempat kerja asyik kena marah dengan bos besar.
Tapi percayalah, walau macam mana
sibuk pun dia, sebelum tidur dia akan teringatkan anda.
Senyum-senyum
bayangkan kecantikan dan
senyuman anda.
Itu adalah rutin yang tak pernah
membosankan dia malah bagi semangat lagi.
RAHSIA 3: Jika Lelaki Mencintai Anda Dia
Akan Terima Seadanya
Walaupun anda montel, kulit macam
kena panggang, dan jerawat sana sini, jika dia kata dia mencintai anda maka
memang dia cinta anda seorang.
Ini
kerana bukan senang seorang lelaki untuk
luahkan perasaannya tambah-tambah lagi dengan orang yang dia minat.
Dia mungkin menasihati anda untuk
jaga pemakanan dan bagi petua untuk kecantikan dan kesihatan.
Anda jangan rasakan itu satu perlian
kerana dia menyayangi anda setulus hatinya.
RAHSIA 4: Lelaki Suka Tanya Soalan Yang
Sama
“Awak dah makan?”
“Awak buat apa tu?”
Itulah
ayat yang biasa digunakan lelaki untuk
start nak cakap dengan anda.
Lelaki selalunya gugup sewaktu mula
mengenali anda.
So, diorang akan gunakan pendekatan
dengan ayat universal paling cliche untuk bersembang lebih jauh sebelum masuk
topik yang benar-benar dia nak tanya.
RAHSIA 5: Lelaki Suka Atau Mudah Cair
Dengan Senyuman Wanita
Diaorang akan rasa senang dengan anda
jika anda selalu senyum dan happy.
Masalah dia akan terbang kalau lihat
senyuman anda terutamanya perempuan yang dia minat.
Senyuman paling manis boleh buat si
dia lebih nervous!
RAHSIA 6: Jika Anda Cakap ‘Tidak’ Dia
Beranggapan ‘Cuba Lagi’
Kalau seseorang lelaki nak tackle
anda tapi anda tak menunjukkan minat atau buat tak tau je itu bermakna dia
perlu berusaha lebih lagi.
Sebab
tu anda rasa lelaki jenis
ni tak faham bahasa sebab dia still mahu dekat dengan anda walaupun direject
pertama kali.
Sukar
bagi lelaki untuk putus asa dengan perempuan yang
dia minat.
RAHSIA 7: Fantasi Lelaki Tidak Ada Had
Walaupun
mereka sudah mempunyai pasangan tetapi dalam otak diorang still fikir kemungkinan
perempuan lain suka pada mereka.
Kadang-kadang mereka suka ‘test
market’ untuk mengetahui adakah mereka masih laku.
Kalau ya kemungkinan untuk sangkut
seorang lagi tu ada.
Tetapi tidak semua begitu mungkin
sekadar suka-suka sahaja.
RAHSIA 8: Lelaki Lebih Pentingkan Keluarga
Dan Wanita Yang Dicintainya Lebih Dari Diri Sendiri
Selain merasakan itu adalah
tanggungjawab untuk menjaga pasangannya, lelaki juga menganggap dia tak
bersifat gentleman jika dia mengutamakan diri sendiri.
Mereka
ada mempertahankan sifat kelakian untuk melindungi orang yang dia sayang.
RAHSIA 9: Nombor Telefon Perempuan Dia
Minat Save Nama Lelaki
Selalu keluar nama ‘Bob’ kat
handphone, rasa pelik jugak.
Tapi dah lama-lama tu tau lah yang
Bob tu nama girlfriend atau crush dia.
Itulah penyamaran sejak zaman berzaman tapi kita masih tak tau.
Yelah macam mana nak tau kalau dah
memang kawannya jugak ada nama sama.
RAHSIA 10: Lelaki Tak Suka Anda Bercakap
Dengan ‘Ex’ Anda
Tengok anda cakap lebih sikit je
dengan lelaki lain pun dia dah panas hati inikan pulak cakap dengan
‘ex-boyfriend’ yang pernah berkongsi kasih dengan anda suatu ketika dulu.
Jangan sesekali bandingkan dan
berkongsi cerita tentang ‘ex’ dulu dengan pasangan anda sekarang.
Silap haribulan boleh perang dunia
ke-3!
RAHSIA 11: Lelaki Adalah Makhluk Simple
Dan Berterus-Terang
Kalau
anda nak coklat Ferrero Rocher cakap straight to the point je
bukannya cerita yang anda dapat coklat tu masa konvo universiti dulu.
Ini penting!
Lelaki
takkan dapat tangkap makna tersirat berbunga-bunga macam
ni dan dia takde masa nak fikir benda yang terlalu complicated.
RAHSIA 12: Tak ‘Call’ Tak Bermakna Tak
Sayang
Inilah perempuan selalu kena ingat.
Sememangnya perempuan sukakan
perhatian dari pasangannya.
Lelaki boleh main game sampai tak
ingat dunia atau sibuk dengan hal lepak dengan kawan-kawan tapi tak bermakna
dia lupakan anda.
Masa
dia dengan kawan-kawan dan bersendirian perlu untuk diarecharge dia
punya mood dan tenaga supaya dengan anda nanti dia dalam mood yang baik.
RAHSIA 13: Cinta Datang Dan Pergi
Sememangnya lelaki mudah suka pada
perempuan yang diminatinya dan mudah juga melupakannya.
Seminit
lepas putus dengan girlfriend dia boleh pergi lepak main PS 4 online manakala perempuan akan
ambil masa yang lama untuk benar-benar jatuh hati dan sukar melupakan.
Itulah bezanya.