MENJAWAB SALAM SESEORANG KETIKA SEDANG SOLAT


Korang sedang solat sunat di dalam rumah BERSENDIRIAN,tiba-tiba, korang terdengar pintu rumah dibuka dan rupanya orang rumah korang balik...

"ASSALAMUALAIKUM!!" ucap orang rumah korang.

Apa korang kena buat???

1. jawab salam tu wajib, manakala solat sunat tu adalah sunat, yang wajib perlu didahulukan... nak kena berenti solat sunat dan jawab salam ke??? atau
2. buattt deeeekkk je ucapan salam tu and teruskan solat sunat...


“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisaa’:86)

Petikan surah di atas ialah dalil wajib menjawab ucapan penghormatan seseorang... maka, jawablah salam walau dalam solat seperti apa yang rasul saw buat ketika diberi salam ketika baginda sedang solat,

"Bilal bin Rabah pernah melihat Nabi saw menjawab salam orang ansar ketika dalam solat dengan cara memberi isyarat iaitu MEMBUKA TAPAK TANGANNYA....." dari riwayat abu daud & at-tirmizi.