KISAH KEJAYAAN DATO' VIDA


"QU Puteh, Barulah Putih', satu slogan yang mungkin agak kelakar pada pendengaran, malah sesetengah orang berasa terganggu apatah lagi apabila diulang berkali-kali. Hakikatnya, slogan tersebut telah berjaya melonjak kembali populariti pengasas produk kecantikan terkenal tanah air Datuk Seri Vida.

Berikut adalah 15 fakta menarik tentang Datuk Seri Vida:


  • Berniaga sejak kecil.
  • Nama diberi Hasmida. Dapat nama Vida dengan namanya Ida dan dia rasa V itu bertuah kerana pada zaman itu kereta perdana V6 dan Volkswagen sangat femes.
  • Semasa universiti berniaga juga, ketika itu tiada orang pakai motor tapi Dr.Vida dah pakai kereta.
  • Bergelar pendidik. Sewaktu kerja sebagai pendidik dia telah berusaha dan memiliki beberapa salon.
  • Selepas ada salon dia cuba untuk buat produk sendiri. Dia habis sebanyak rm800k untuk produk ya namun satu sen tak balik modal.
  • Selepas itu dia tidak putus asa dan beroleh idea untuk memasarkan produk untuk golongan tua iaitu pamoga.
  • Dia hasilkan pamoga sebanyak 500 botol dan setahun baru habis produknya walau berbagai marketing yang dia lakukan.
  • Selepas dia berhenti kerja dia sendiri marketingkan produknya, barula meletup.
  • Setelah meletup produknya, Dr.Vida diberikan dugaan yang amat besar. 2 anak lelakinya mati dalam kebakaran.
  • Dr.Vida tidak mampu menatap wajah anak-anaknya yang telah meninggal. Anak-anaknya meninggal disebabkan kebakaran iaitu lemas asap, berdarah telinga dan mulut.
  • Sejak peristiwa itu Dr.Vida banyak muhasabah diri. Berdiam siri dari dunia ‘glamour’ selama 2 tahun. 
  • Sekarang dia BANGKIT dan muncul kembali bergiat aktif dalam dunia perniagaannya. Menaja pelbagai rancangan TV yang ramai peminat.
  • Dr.Vida pesan zakat kena bayar. Baru cepat bisnes maju.
  • Hati mesti baik dan sentiasa tolong orang.
  • Beliau juga memesan supaya sentiasa bersedekah.
  • Ujian hebat untuk orang hebat. Sentiasa berusaha dan anggap yang berlaku semua Allah dah buat yang terbaik-Dr.Vida