MASA


Aku selalu je rasa masa berlalu dengan pantas, especially bila time hari cuti awam or sabtu ahad. Isnin dah start balik masuk ofis. Aduhaiiiii....... boring giler. 


Bila time kerja plak, aku terasa macam lama jeeeeeeeeeeee... Ku sangkakan dah pukul 5 petang, padahal jam baru menunjukkan jam 330 petang. Bila habis pukul 5 petang, balik rumah, kejap jeeee dah pukul 9 malam. Pejam celik pejam celik ,sedar-sedar dah pukul 11 malam. Masa untuk tidur, sebab esok nak kerja balik... KERJA??? Aduhaiiiiii!!!

Bila time workload banyak kat ofis, kerja simple yang mungkin makan masa sejam pun, aku perlukan masa satu hari nak siap. 

Ni satu lagi, contoh la aku pergi bercuti empat hari kat mana-mana pusat percutian, aku TAK terasa totally enjoy dengan percutian aku tu. Apa yang aku rasa, aku membazir duit dan aku terasa aku macam orang bodoh. So, dari situ aku rasakan aku tak perlu bercuti jauh-jauh, cukup la sekadar cuti dalam rumah je. Jimat duit, but still the boring surrounding me.

Why haaa??? Tell me why???

The answer is how much i spend my time to Allah??? If you have time to Allah, then Allah will give you time.

Semasa bekerja, aku seolah-olah terasa masa lambat bergerak. Allah bagi macam tu supaya aku akan pergunakan masa kerja tu sebaik-baik mungkin untuk aku beribadah. Beribadah bukan bermaksud aku kena baca quran ke, solat sunat ke tapi ibadah untuk aku melaksanakan segala tugas-tugas dekat pejabat tu. Aku plak bekerja dekat Pejabat Agama. Tugas-tugas aku merangkumi perihal-perihal mendidik umat Islam tentang perihal zakat. Tak cukup dengan tu, aku kena bina satu institusi yang kuat kewangannya. Untuk apa kuat kewangan?? Bila kewangan / dana Islam kuat, kita boleh tolong orang yang perlukan pertolongan. 

Orang datang ke pejabat agama dengan pelbagai ragam.  Ada yang datang pasal nak daftar kahwin. Ada yang datang pasal nak nak nasihat rumahtangga. Ada yang datang pasal nak minta bantuan kewangan, ada yang belajar pasal agama, ada yang nak bayar zakat dan ada gak yang datang pasal buat dosa sebab berkhalwat. 

Tapi masa aku bekerja ada aku buat ibadah??? Takde, orang datang nak tanya pasal zakat, dalam hati aku cakap LECEHHHH LAAAAAA... Bila orang kena tangkap khalwat, aku aib-aibkan orang tu dengan kawan-kawan lain. Bila ada orang nak masuk Islam, otak aku cakap dia masuk Islam sebab nak kahwin semata-mata or maybe nak duit baitulmal. Bila ada orang nak minta tolong, aku terasa mereka tu menyusahkan aku. 

Allah bagi aku peluang, Allah lambatkan tempoh masa untuk aku bekerja sebagai satu ibadah. Aku sia-siakan peluang tu. 

Bila aku bercuti, aku terasa masa pantas je. Sebab apa??? Allah nak elakkan aku daripada buang masa dengan dosa-dosa. Allah cepatkan masa cuti tu supaya aku akan kembali bertugas di pejabat untuk aku beribadah kepada masyarakat. Bila aku bercuti aku buat apa??? Aku keluar tengok wayang, aku tengok tv, jogging sambil tengok bontot amoi-amoi, tidur sampai terlepas waktu solat dan surf internet tengok fitnah-fitnah yang ada dekat status FACEBOOK.

Dulu, masa aku belajar aku tak pernah terasa masa belajar tu singkat. Masa time kelas bermula, aku terasa macam masa berlalu lamaaaaaaaaaaaaa jeeeee.... KECUALI bila cikgu kelas tu seksi melampau-lampau. Kalau cikgu tu seksi melampau-lampau, aikkkkk cepat plak terasa masa berlalu. 

So, ternyata kat sini, bila kita menuntut ilmu, kita tak terasa masa masa berlalu dengan pantas. Allah bagi tempoh lama kepada kita supaya kita akan lebih faham dan jelas dengan ilmu yang kita belajar tu. 

Dalam tahun 2012 ni, aku tengok ada lah beberapa perubahan yang ada kat aku. Antaranya aku turun 16 kilo berat badan. At least, tahun 2012 aku ada satu benda yang ada hasil. Tapi dari segi ekonomi, ada perubahan gak. Dulu, aku boleh SAVE RM5000 setahun, tahun 2012, yilllleeeekkkk................ Padahal gaji tahunan naik dowhhhh!!!!! Seperti tahun-tahun sudah, tiada perubahan karier aku. Masih di tahap yang sama. Means, prestasi teruk.... Yupppppppp...... 

Aku pernah cakap kat sorang ustaz,

"Ustaz, saya selalu rasa masa bergerak pantas.Cuti pun rasa macam tak puas..."

Ustaz tu cakap,

"Masa bukan untuk diisi dengan kepuasan, tetapi kena isi dengan ilmu pengetahuan dan tanggungjawab."