Jibrail Menangis

Diriwayatkan daripada Saidina Umar Al Khattab bahawa Jibrail telah datang berjumpa Rasulullah bukan pada waktu sedang ia datang, Rasulullah menghampiri Jibrail dan berkata,

"Wahai Jibrail, mengapa wajahmu berubah?"

Jawab Jibrail,

"Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka.."


Rasulullah berkata,

"Terangkan kepadaku tentang keadaan neraka dan jahannam."

Jawab Jibrail

"Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam..."

"Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya.

Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang daripada penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk.

Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali."

Rasulullah melihat Jibrail menunduk ke arah tanah,

"Mengapa engkau menangis Jibrail?? Bukankah kedudukan engkau tinggi di sisi Allah..?"

Jawab Jibrail,

"Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak menangis, kerana siapa yang tahu keadaanku dalam ilmu Allah? Aku tidak tahu aku akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan malaikat. Adakah aku akan derhakai tuhanku??"