TOKOH ISLAM: SULTAN SALADIN



Siapakah Sultan Salahuddin al-Ayyubi? Apa kah jasa beliau sehingga keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat  Islam bahkan sentiasa disebut-sebut oleh musuh Islam sehingga ke hari ini? Beliau ialah seorang tokoh pahlawan Islam dan raja yang gagah.

Ketokohan Sultan Salahuddin dalam memimpin pasukan tentera dalam merampas kembali Baitul Maqdis (al-Quds) merupakan kejayaan setelah penjajahan hitam selama 88 tahun. Malah kejayaan menghancurkan tentera salib terpahat dalam lipatan sejarah sebagai ambang kejayaan agung menundukkan musuh yang kejam. Sultan Salahuddin Yusuf bin Ayyub bin Shadhi al-Ayyubi yang dikenali sebagai Sultan Saladin oleh orang-orang Eropah, merupakan anak seorang gabenor. Ayahnya bernama Najmuddin Ayyub bin Shadhi anak buah kepada Sultan Zenggi, berketurunan Kurdistan.

Selain sebagai panglima perang, beliau juga seorang pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab. Beliau telah dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan dengan 1137M di Kota Tikrit  iaitu bahagian tebing barat sungai Tigris, yang terletak di antara Mosul dan Baghdad.

Tiada sesiapa pun yang menyangka bahawa suatu hari nanti beliau akan mengembalikan semula Palestin dan menjadi pembela aqidah Islamiah. Hal ini kerana pada awal kehidupan, beliau banyak terpengaruh dengan godaan dan kesenangan dunia sehingga mengaburi pandangannya. Tidak ada sebarang tanda-tanda beliau akan menjadi pemimpin hebat ketika itu, kerana beliau dibesarkan dan dididik seperti anak-anak orang Kurdis biasa.

Sungguhpun begitu, beliau berminat untuk mempelajari ilmu sains di samping seni peperangan dan pertahanan diri. Apabila meningkat dewasa, Salahuddin al-Ayyubi mula berjinak-jinak dengan peperangan.

Di sinilah segala detiknya bemula. Allah s.w.t telah mentakdirkan beliau menjadi pemimpin besar pada zamannya.  Pada tahun 1169M, Asaduddin Shilkuh iaitu bapa saudaranya telah dilantik menjadi wazir di bawah naungan Kerajaan Fatimiyyah. Apabila bapa saudaranya meninggal dunia, beliau telah diangkat menjadi pengganti bapa saudaranya.

Antara kejayaan awalnya iaiah, beliau berjaya memadamkan pemberontakan dalam negeri dan berjaya menumpaskan serangan Kerajaan Byzyntine yang cuba menakluki Kaherah, kemudian pada tahun 1175M, Sultan Salahuddin dilantik menjadi Raja Mesir menggantikan dinasti terakhir Fatimiyyah. Ketika itu beliau memakai gelaran Sultan Malikun Nasir.

Sejak itu Sultan Salahuddin mulai merasa bebanan tanggungjawab seorang pemimpin, corak kehidupan beliau berubah dengan mengenepikan kesenangan dan kemewahan hidup. Malah beliau bertambah wara’dan menjalani kehidupan dengan lebih berdisiplin dan sederhana.

Beliau yakin bahawa Allah s.w.t telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat. Beliau merasakan bahawa tugas ini fidak mungkin akan terlaksana jika tiada roh jihad dan kesungguhan. Oleh sebab itu, beliau menumpukan seluruh tenaga dan buah fikirannya dalam menyusun semula kekuatan dengan mencagarkan nyawanya sendiri.
Dalam perang Salib pertama, Negara Palestin telah jatuh ke tangan Krisfian iaitu pada tahun 1099M (4090 H). Waktu itu tentera Kristian memakai tanda salib di baju mereka sebagai simbol kesatuan dan untuk menunjukkan bahawa peperangan mereka suci.

Pada tahun 1187M (583H), berlaku pula perang salib yang kedua, yang dikenali sebagai peperangan Hittin. Peperangan ini dipimpin sendin’ oleh Sultan Salahuddin Ayyubi sehingga dirinya sendiri membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitul Maqdis.
Pada tahun 1192M (588H), berlaku, perang salib yang ketiga, hasil dendam dan kekecewaan 801 pembesar-pembesar Kristian. Mereka berusaha melampas semula Baiwl Maqdis daripada tangan orang Islam. Perang salib ketiga tersebut walaupun menggabungkan seluruh dunia Kristian, namun tidak mampu menggoyang kan kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi. Peperangan tersebut berlanjutan selama Iima tahun. Kali ini beiiau hanya dibantu oleh beberapa pembesar saudara-mara dan tenteranya demi mempertahankan kedaulatan Islam.

Sultan Salahuddin al-Ayyubi merupakan tokoh mujahid yang tidak mudah berputus asa dalam mendidik umat. Menurutnya perjuangan yang berasaskan kaurn ataupun bangsa, sesekali tidak akan membuahkan hasil. Sebaliknya perjuangan yang berpaksikan agama Islam sahajalah yang menjamin kejayaaan yang gemilang.

Bukti yang jelas ialah tentera-tentera Islam yang berjuang bersamanya datang dari pelbagai negara seperi Mesir, Syria, Turkmenistan dan tanah Arab. Walaupun mereka dari berlainan bangsa dan etnik, tetapi kekuatan roh jihad telah menyatukan mereka di atas jalan Allah. Peujuangan mereka berjaya membebaskan Palestin. Menu rut penasihat Salahuddin al-Ayyubi, Burhanuddin Shaddad, beliau merupakan seorang panglima perang yang terkenal dengan keberanian yang luar biasa. Katanya beliau banyak berada di dalam khemah perang berbanding daripada tinggal di istana bersama isteri dan anaknya. Kesungguhan telah mendorong beliau turun sendiri ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya.

Dari sudut peribadinya, beliau sangat wara’dalam beribadah sehinga digambarkan seolah-olah abid di waktu malam dengan zikir-zikir dan munajatnya kepada Allah Taala. Tetapi di siang harinya beliau seperti singa yang tangkas berjuang di medan pertempuran, solat berjemaah dan puasa sunat merupakan rutin harian yang tidak pernah ditinggalkanya.

Selepas enam tahun mengecapi kejayaan mengembalikan Baitul Maqdis kepada takhta keagungan Islam, maka pada hari Rabu awal subuh 27 Safar 589H bersamaan 1193M Sultan Salahuddin al-Ayyubi kembali kerahmatullah. Jenazahnya disemadikan di Damsyik, Syria dalam keadaan penuh zuhud. Beliau meninggalkan dunia tanpa meningalkan harta untuk diwarisi. Urusan pengkebumiannya ditanggung sendiri oleh keluarganya, manakala kain kapannya diberikan oleh salah seorang daripada menterinya.