BEBEL: BILA SOLAT BERJEMAAH, ADA JE ALASAN AKU BAGI


Umur aku dah nak masuk 34 dah tahun ni. Berjemaah seminggu sekali je pun, itupun time solat Jumaat. Katakanlah solat Jumaat tu boleh dibuat dekat rumah, entah-entah memang tak jejak langsung la aku ke masjid untuk berjemaah. 


Dekat ofis ada surau, itupun aku tak nak berjemaah!! Sanggup berzohor dan berasar sensorang, tunggu jemaah dah habis solat, baru time tu la aku nak naik ke surau untuk tunai solat zohor atau asar dekat ofis.

Haiiiiihhh laaa Wan... Bila nak berubah wei???

Baru-baru ni, ada program solat sunat gerhana dekat ofis aku, dijemput semua staf datang ke surau untuk tunai solat sunat gerhana bersama-sama, tapi aku tak pergi. Apasal??? Banyak kerja... Puiiittt!!! Banyak laa kerja sangat!! Solat gerhana ni jarang-jarang terjadi. Kadang-kadang mungkin 20 kali je boleh buat sepanjang hidup andaikan dapat hidup hingga ke usia 80 tahun. Sekarang aku dah buang 34 tahun hidup aku tanpa pernah merasai nikmat solat sunat gerhana. 

"Tarawih pun ko tak berjemaah gak ke Wan???" 

Hmmmm... camne nak cakap ek?? Dulu, masa zaman umur 14 ke 23 tahun, memang aku ada turun berjemaah tarawih sekali kat surau-surau atau masjid. Tapi start dah berkerjaya ni, rutin tarawih berjemaah tu dah semakin susut tahun demi tahun. Aku rasalah, dah 3 tahun berturut-turut aku solat tarawih sendirian dekat rumah. Puncanya, dah kenyang berbuka malas nak berjemaah dekat surau. Solat sendirian je senang, boleh baca al fatihah laju-laju, takde perlu nak baca surah lain, boleh speed up solat. Huhuhuhuhuhu... Apa punya perangai daaa..

Aku salute dengan pakcik bernama Abdullah Al Asiri ni yang sanggup merangkak sejauh 3 km setiap kali solat lima waktu. Pakcik Abdullah Al Asiri yang berasal dari Arab Saudi ni memang dah dilahirkan cacat yakni lemah anggota kakinya. Namun sejak dia berusia 10 tahun lagi, dia telah ikut ayahnya solat berjemaah setiap waktu. Sekarang ni, pakcik Abdullah Al Asiri ni dah pun berusia 78 tahun, dan masih lagi merangkak untuk menuju ke masjid!!! Masya Allah, bayangkan dia punya total investment dia untuk akhirat? 27 darjat bezanya seorang yang solat jemaah dengan solat secara sendirian bagi seorang lelaki Islam. 

Fuuuuhhh!!!



Ya Allah, semoga aku boleh peroleh kekuatan seperti Abdullah Al Asiri ni yang sentiasa tidak putus asa untuk solat bersolat jemaah di masjid. Aamiin!! 

Jam 4.01 petang..Hmmm, dah nak tiba asar... Ok Wan!!! Stop menaip, syooohh syoooohhhh, go to masjid now!!!