KES-KES PENIPUAN DI ANTARA PEMOHON DAN BAITULMAL

Kepada yang mempersoal / memperlekehkan Institusi Islam tengah2 bulan puasa ni, cuba baca sebahagian lirik lagu Faizal Tahir..

"Adakah matamu mengatasi akalmu???" - Faizal Tahir, dari lagu Assalamualaikum.

Tahu tak korang antara kes penipuan yang wujud di antara pemohon-pemohon dan baitulmal??


1. terima bantuan dari baitulmal negeri penang (misalnya) pakai nama suami.

2. terima bantuan dari jabatan kebajikan pakai nama isteri.

3. berpindah ke negeri selangor plak dan mohon bantuan baitulmal bulanan tanpa memberhentikan penerimaan wang dari baitulmal penang. 

4. anak-anak dapat bantuan pibg sekolah

5. dapat pampasan socso dari bekas majikan tapi menyembunyikan kata tak terima kepada badan2 kerjaan.

6. tidak menyediakan dokumen lengkap dgn niat untuk menyembunyikan maklumat.

7. suami isteri mampu bekerja tapi tak bekerja

8. convert to islam dgn tujuan nk bantuan baitulmal. kemudian pergi gereja, mohon plak bantuan.

9. menipu menggunakan media n media plak sebarkan cerita pasal tidak ketulusan institusi islam .. sedangkan media tak bertanya hal kpd pihak institusi islam. penulisan yg berat sebelah dan akhirnya menguntungkan si penipu dan memalukan institusi islam.

10. menggunakan medium facebook utk memutar belitkan fakta dan blame kpd institusi islam dan masyarakat islam sndri saling memfitnah.