GEMPAK: BABY NIRVANA KINI DAH BERUSIA 25 TAHUN


25 tahun yang lalu, dunia diperkenalkan kepada album ‘Nevermind’ dari kumpulan Nirvana. Masih dianggap sebagai antara album terbaik sepanjang zaman, pada 1991 ‘Nevermind’ berjaya melonjakkan nama Kurt Cobain juga irama muzik grunge dari dataran underground ke arena arus perdana, sekaligus mempengaruhi gerakan muzik, fesyen dan budaya pop sepanjang dekad ’90-an.



And who can forget that album cover? Biarpun kulit album ‘Nevermind’ kini dianggap antara yang paling bersejarah dalam industri muzik moden, gambar cover ini sebenarnya berlaku secara kebetulan, atau ‘fluke’. Konsep seni asal Kurt Cobain ialah untuk menggunakan imej ‘water birth’ namun setelah gagal mencari imej yang sesuai, syarikat rakamannya, Geffen Records, mengupah khidmat jurufoto underwater, Kirk Weddle untuk menghasilkan satu gambar berdasarkan kriteria asal itu.
Pada 28 Oktober, 1991, Kirk pun meminta izin rakannya, Rick Elden untuk merakam gambar anaknya, Spencer yang baru berusia 4 bulan, di dalam sebuah kolam renang di The Rose Bowl Aquatics Center, Pasadena. “Si ibu berdiri di sebelah kiri saya, dan meniup angin ke muka bayi itu,” Kirk bercerita. Rick menambah, “Bayi punyai ‘gag reflex’. Jika anda meniup muka mereka, mereka akan menahan nafas.”
Kemudian Spencer pun ditenggelamkan ke dalam kolam renang, ‘Klik! Klik!’ gambar dirakam, dan dengan segera bayi itu dikeluarkan semula. Kirk merakam 18 frame per saat, jadi Spencer ditenggelamkan selama 2 saat sahaja. Proses itu diulang untuk kali kedua, “… and that was it,” jelas Kirk. Penggambaran mengambil masa hanya 15 saat, dan Rick dibayar upah USD200. Unsur grafik wang satu dolar dengan mata kail pula dimasukkan oleh syarikat rakaman kemudiannya. Dan dengan begitu sahaja, history was made.

Hingga kini, bayi asal muka depan ‘Nevermind’, Spencer Elden sentiasa mendapat pelawaan untuk menghidupkan kembali imej ikonik album itu menjelang setiap lima tahun ulangtahunnya. Sudah pasti, tahun ini agenda yang sama diusulkan oleh The New York Post. “Ulangtahun ini memberi suatu makna kepada saya,” jelas Spencer kepada akhbar itu. “Rasa pelik pabila sesuatu yang saya lakukan sekadar lima minit tatkala berusia 4 bulan suatu masa dulu, kini menjadi satu imej yang betul-betul ikonik. It’s cool but weird menjadi sebahagian daripada satu sejarah cukup penting yang pada hakikatnya saya sendiri tak mampu untuk ingat pun.”
Sempena anniversary ke-25 ‘Nevermind’ tahun ini, imej Spencer terapung di dalam kolam renang telah diabadikan oleh jurufoto John Chappel pula. Menarik lagi, gambar ini diambil dalam kolam renang yang sama di The Rose Bowl Aquatics Center. Dan sebagaimana ayahnya dahulu, Spencer juga diupah USD200.



Tatapi sebahagian daripada evolusi Spencer sebagai ‘the Nirvana baby’ pada album cover ‘Nevermind’ hingga interpretasi terbarunya kini.