LEBUHRAYA AR-RUH

Bahagian 1: 


Ada sebuah lebuh raya lama yang telah ditutup hampir 7 tahun lamanya — Lebuhraya Ar-Ruh. Ia dibina sebagai laluan terus menghubungkan Bandar Ipoh ke Bandar Pekan, Pahang, namun ditinggalkan sebelum sempat digunakan secara rasmi.


Orang awam diberitahu bahawa penutupan itu atas sebab struktur tanah runtuh yang membahayakan nyawa. Tapi di balik cerita rasmi itu, ramai penduduk kampung di sekitar kaki bukit dan kawasan pembinaan lama bercakap tentang "sesuatu yang tak dapat dijelaskan dengan logik manusia".


Dikhabarkan, ada yang cuba masuk secara haram ke lebuh raya tersebut — terutama golongan penunggang motosikal 'urban explorer' yang ingin cabar keberanian. Tapi setiap kali ada yang masuk, tak ada yang keluar semula.


Laporan polis dibuat... tapi polis sendiri tak berani masuk. Malah, satu pasukan penyelamat pernah dilancarkan tetapi semua anggota mereka akhirnya menarik diri dan enggan buka mulut tentang apa yang mereka lihat. “Tak boleh cerita… nanti kau pun kena...” kata salah seorang anggota kepada wartawan, dengan wajah pucat lesi.


......Tamat Bahagian 1.....


Bahagian 2: 


Jumaat malam, jam 11:47 malam.


Tiga pelajar IPT dari Ipoh — Adam, Haris, dan Noh — sedang melepak di taman sunyi berhadapan kolej kediaman mereka. Angin malam bertiup pelahan. Rokok tinggal separuh. Lampu taman menyala suram. Mereka bercakap pasal assignment, pasal awek, pasal hidup yang macam tak ke mana.


Tiba-tiba, sebuah kereta mewah jenis Mercedes S-Class hitam gelap berhenti di tepi jalan. Cerminnya turun perlahan. Seorang lelaki tua berpakaian serba hitam keluar dari kereta. Wajahnya tenang tapi tak menunjukkan perasaan. Tangannya memegang tongkat kecil. Matanya bersinar di bawah cahaya lampu taman.


> Lelaki Misteri: “Kamu bertiga... Mahu RM10 juta dalam masa satu malam?”



Mereka berpandangan sesama sendiri. Noh ketawa kecil.


> Noh: “Apa cerita ni, pakcik? Kami ni student je.”



> Lelaki Misteri: “RM1 juta sekarang... RM9 juta bila kamu selesaikan tugas.”



> Adam: “Tugas apa?”



Lelaki itu hulurkan satu pendrive kecil.


> Lelaki Misteri: “Lebuhraya Ar-Ruh. Masuk... rakam apa yang kamu lihat. Jangan patah balik sebelum kamu sampai ke sempadan Pekan. Jangan langgar syarat. Jangan tanya banyak.”



> Haris: “Apa yang kami akan jumpa kat sana?”



> Lelaki Misteri: “Itu bukan urusan kamu. Tapi kalau kamu bertiga berani... ambil kunci ini. Kereta dah disediakan. Petrol penuh. Kamera ada. Tugas kamu cuma... tengok dan rakam.”


Dia hulurkan kunci kereta Toyota Fortuner kepada Adam dan tiga beg kecil berisi wang tunai. Mata mereka terbeliak.


> Adam: “Ni real ke ni??”


> Lelaki Misteri: “Kamu ada sampai malam Sabtu untuk bersedia. Jam 12 tengah malam tepat... kamu mesti masuk. Kalau lambat... deal cancel.”


Bahagian 3: Malam Sabtu


Sabtu, jam 11:30 malam.


Mereka bertiga sudah berada di kawasan berpagar — pintu masuk Lebuhraya Ar-Ruh. Rantai pagar telah dibuka. Mereka berdiri depan Toyota Fortuner warna hitam metalik yang disediakan. Di dalamnya ada walkie-talkie, kamera night vision, dan satu GPS device yang hanya ada satu jalan lurus ke arah timur.


Petrol sudah penuh. Kapasiti tangki cukup untuk 500km.


Langit mendung. Tiada bintang. Sunyi.


Tepat jam 12:00 tengah malam, telefon Haris berbunyi. Nombor yang tidak dikenali. Dia jawab dengan tangan menggigil.


Haris: “Hello…?”


Lelaki Misteri (dari telefon): 

“Jalan hanya ke depan. Jangan keluar dari lebuh raya. Bila sampai terowong, jangan berhenti. Apa pun yang kamu nampak... jangan percaya. Jangan patah belakang.”


Haris:  “Tapi...”


Talian terputus.


Mereka saling berpandangan. Adam start enjin. Fortuner bergerak perlahan... masuk ke lorong pertama lebuhraya.


Sunyi. Tiada lampu jalan. Semak-samun di kiri kanan sudah lama tak dijaga. Asfalt masih elok... seolah-olah baru dibina semalam.


Noh: “Weh... kenapa rasa macam tempat ni... hidup?”


Adam: “Jangan seramkan. Ikut je jalan ni.”


Beberapa kilometer kemudian, mereka ternampak satu terowong besar di hadapan. Seolah-olah menembus masuk ke dalam sebuah gunung.


Mereka masuk ke dalam terowong.


Gelap.


Sejuk.


Ada gema... dan suara angin yang pelik seperti bisikan.


Tiba-tiba selepas keluar dari terowong, kabus tebal menyambut mereka.


Mereka teruskan perjalanan perlahan-lahan...


Dan bila kabus mula menghilang... mereka terlihat...


Mereka baru keluar dari terowong gelap. Kabus menipis perlahan. Bunyi enjin Jeep berdengung perlahan dalam keheningan yang mengerikan.


Lampu besar Jeep menyuluh ke hadapan...


Adam (yang pandu):


> "Apa benda ni...? Woi... Haris, Noh... korang nampak tak?"


Noh (dari tempat duduk belakang):


> "Astagfirullah... tu... tu... tu bangkai kereta ke tu?"


Haris (mata terbeliak, peluh mula turun):


> "Takkanlah banyak ni? Woii... ada sepuluh... lima belas... eh... lebih kot... gila apa ni?"


[Naratif]

Di sepanjang jalan yang mereka lalui... kelihatan puluhan bangkai kenderaan berkarat, bertindih-tindih, ada yang remuk terbelah dua. Ada lori terbakar separuh. Ada motosikal dengan tayar berpusing perlahan... walaupun tak ada angin.


Di antara bangkai tu...


Adam tekan brek perlahan.

Lampu Jeep mendarat pada sekujur tubuh manusia yang kaku terbaring di tengah jalan.


Adam:


> "Woi... tu... orang ke tu?"


Noh (dah mula gelabah):


> "Jangan keluar! Jangan keluar Adam! Kita pusing balik jelah! Aku tak sedap hati dah ni!"



Haris (slow tapi suara bergetar):


> "Bangkai dia... tak reput. Eh... takkanlah ni semua eksiden satu malam? Gila betul tempat ni..."


[Tiba-tiba...]

Jeep mereka lalu perlahan sebelah satu bangkai kereta Toyota lama.


Dan dari dalam kereta tu...


Ada satu suara perempuan menjerit kuat:


> "TOLONG AKUUUUUUUUUUU—!!!"


Adam (terkejut gila):


> "WOIIIII!!! KORANG DENGAR TAK??! Ada orang dalam kereta tu wehhh!!!"




Haris:


> "Itu suara perempuan weh!! Tapi... tapi... mana ada orang... mana ada orang dalam tu! Kosong kot kereta tu!!"




Noh mula menangis perlahan:


> "Ni bukan tempat manusia dah weh... ni tempat syaitan... kita salah langkah ni..."



[Tiba-tiba Jeep mati enjin.]


Adam:


> "WOI WOI WOI—! Apa hal ni?! Kenapa kereta mati?!"



Haris cuba on telefon, tapi...


> "Takde signal... battery aku drop jadi 1% tiba-tiba..."


Noh (ketar kepala):


> "Kita dah masuk perangkap..."



[Visual:]

Bunyi geseran besi.

Ada satu kereta yang remuk... pintunya perlahan-lahan tertutup dengan sendiri.

Angin sejuk tiba-tiba bertiup dari arah depan.


Kemudian—lampu Jeep mereka menyuluh jauh ke depan...


Dan kelihatan satu bayang tubuh sangat tinggi berdiri diam di atas sebuah bangkai bas terbakar.




Adam:


> "Apa benda tu...? Dia tengok kita ke...?"



Noh (bisik perlahan):


> "Tu bukan manusia... sumpah tu bukan manusia..."



.......... 



Jam: 1:03 pagi

Lokasi: 10 minit selepas keluar terowong, dikelilingi bangkai kenderaan dan kabus yang mulai hilang.


Adam, yang duduk di tempat pemandu, pegang stereng ketat-ketat. Mata masih tak berkelip tengok ke arah bayang tinggi yang tadi berdiri di atas bangkai bas. Tapi sekarang… bayang tu dah lesap entah ke mana.


Adam (tegas):


> “Haris. Ambik kamera. Rekod semua. Sekarang!”


Haris (masih terketar):


> “Weh… kau nampak tak apa aku nampak tadi? Mana benda tu pegi? Tak logik sial…”


Adam:


> “Sebab tu la aku nak kau rakam. Biar ada bukti. Biar kita ada rekod. Kalau jadi apa-apa… at least orang tahu cerita kita.”


Haris:


> “Weh… aku tak ready weh… tangan aku pun menggigil ni…”


Noh (dari belakang, suara tenang sikit):


> “Relax. Ambik nafas. Set up kamera. Jangan zoom sangat. Bagi wide angle. Biar semua nampak.”


Haris capai kamera. On mode night vision. Dia mula rakam dari dashboard.


Adam:


> “Lampu. Padam. Kita jimat bateri Jeep. Tapi terus rekod.”


Klik. Lampu hadapan Jeep dipadam. Suasana jadi hitam pekat kecuali cahaya hijau night vision dari skrin kamera.


Noh keluarkan telefon. Signal kosong. Battery: 93%


Noh:


> “Aku cuba call polis.”


Dia tekan nombor kecemasan. Tapi…


> “Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini.”


Noh (geram):


> “Tadi elok je line Maxis aku. Sekarang... zero bar. Tapi kenapa battery aku masih penuh?”


Haris:


> “Eh eh eh... suara perempuan tadi pun dah hilang. Macam… semua ni mainan je. Tapi kenapa aku rasa dia macam... dekat?”


Adam tekan butang enjin.

VRRROOOOM!

Kereta hidup balik.


Adam (lega):


> “Alhamdulillah! Engine hidup! Okay, kita blah. Sekarang juga.”


Tapi—


Noh (tegas):


> “Woi! Wait! Wait dulu!”


Adam & Haris:


> “Apa lagi weh?!”


Noh (serius):


> “Kita dah kat sini. Kita dah rakam. Kita survive. Kita ada bahan. Tapi… alang-alang kita kat sini… kita teruskan jelah.”


Adam:


> “Apa benda kau merepek ni?! Kau nak mampus ke?”


Haris:


> “Aku pun tak setuju. Kita dah lalu benda tak masuk akal tadi weh. Apa lagi yang kau nak cari?”


Noh:


> “Bro... fikir. Kita survive part paling gila tadi. Takkan kita nak u-turn sekarang dan tinggalkan semua ni tergantung? Kau tak curious ke? Ni lebuhraya dah kena tutup bertahun-tahun, tapi tadi kita nampak bangkai kereta baru terbakar... asap pun masih ada!”


Adam (terdiam, termenung):


> “Betul jugak. Kalau highway ni dah lama tutup, kenapa kesan api tu macam baru sejam lepas berlaku?”


Haris:


> “Ni bukan pasal curious ke tak. Ni pasal selamat atau tak. Tapi... yelah... kalau kita patah balik pun, siapa jamin kita akan keluar hidup-hidup?”


Sunyi seketika. Tiga-tiga berfikir.


Akhirnya—Adam mengangguk.


> “Okay. Kita teruskan. Tapi… kita rakam, kita tak keluar kereta, dan kalau ada tanda pelik… kita u-turn.”


Noh:


> “Set. Aku on.”


Haris (hela nafas):


> “Famous last words…”



Jam 1:22 pagi. Kilometer ke-20.

Jalan mula lapang. Tiada lagi bangkai kereta. Tiada mayat. Tiada kabus.


Suasana jadi… terlalu sunyi.


Noh (perlahan):


> “Weh… korang perasan tak? Dah 10 minit kita tak nampak satu pun bangkai. Padahal tadi tiap 10 langkah, ada je benda mati.”


Haris (pegang kamera, bisik):


> “Ni tenang yang tak sihat ni…”



Tiba-tiba…


Mereka nampak satu papan tanda lama yang masih tegak berdiri di tepi jalan. Dicahayakan oleh lampu Jeep yang kini mereka hidupkan semula.


Tertulis di papan tanda:


> 🛑 "Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang."


Adam gelak pendek, suara masih bergetar:


> “Ironi betul. Dah berpuluh orang tersadai mati, baru nak ingat orang tersayang…”


Noh (sambil tunjuk ke papan sebelah):


> “Weh… tu lagi satu. Tengok betul-betul…”


Papan tanda kecil sebelah kanan:



> 📶 "MAXIS - Call tanpa had kini di seluruh Malaysia! Rangkaian penuh seluruh DUNIA!!"



Haris (angkat tangan):


> “Oi sial! Aku pakai Maxis dari tadi, takde bar langsung wehhhh!! Menipu betul!”



Noh:


> “Kau tunggu je nanti… Maxis pun boleh jadi hantu kat sini.”




................     ................

Anggaran waktu: 2:46 pagi

Lokasi: Lebuhraya lama — keluar dari jalan sempit, masuk kawasan berbukit dan industri lama



Adam tekan minyak habis. Fortuner meluncur laju atas jalan dua lorong yang kosong. Keliling cuma bukit-bukit hitam dan pokok-pokok besar. Tiang-tiang elektrik senget, ada yang putus separuh, macam kawasan ni dah lama sangat ditinggalkan.


> Noh (tengah tengok phone):

"Aduh.. Bila nak ada line ni???"


> Adam (mata fokus ke depan):

"Jangan cakap apa-apa. Aku nak keluar dari tempat ni cepat."


Fortuner bergerak makin laju. Tiba-tiba jalan tu membuka ke satu kawasan perindustrian lama — kilang-kilang buruk dengan struktur besi berkarat dan signboard hampir jatuh. Tapi ada sesuatu yang pelik...


Di satu sudut, cahaya merah jingga — asap dan api baru menyala macam ada benda terbakar.


> Haris (terus rekod):

"Weh, tu macam baru terbakar beb... mana datang api?"


> Noh:

"Ni highway lama... sape yang bakar tengah-tengah pagi buta?"


> Adam (perlahankan kereta):

"Tak logik langsung... laluan ni sepatutnya ditutup bertahun. Macam baru je kebakaran ni?"


Tiba-tiba...


“THUD!”

Satu objek berat terhempas dekat cermin depan Fortuner.


Darah meleleh, ada kulit dan serpihan daging.


> Haris (terjerit kecil):

"WEH APA TU?!!"




> Noh (terus menjerit):

"BA... BADAN MANUSIA KE TU?!"




> Adam (pijak brek mengejut):

"Duduk diam. Aku keluar tengok."




> Haris:

"Kau gila ke Adam? Jangan main-main!"




> Adam (pandang tajam):

"Kalau kita nak tau apa jadi kat sini, kita kena berani sikit. Aku keluar kejap."





---


Adam buka pintu perlahan. Angin malam rasa berat, bunyi unggas mati. Dia melangkah ke depan kereta, berlutut dan tengok objek yang terhempas tadi.


Haris mula rekod dari dalam kereta.


Adam tiba-tiba kaku.


> Adam (teriak perlahan):

"Weh... ni... ni tangan manusia... masih ada jam tangan... dan... kulit dia macam baru..."




Dia terus bangun dan berlari masuk semula dalam kereta.


> Adam (nafas tercungap):

"Masuk kereta cepat! Kita blah sekarang. SEKARANG!"



---


Kereta meluncur semula — tapi belum sempat jauh...


Lampu kereta menangkap sesuatu di jalan hadapan.


Makhluk-makhluk kecil, tapi bukan binatang biasa.


Bentuk macam tupai, tapi muka cacat, ada yang takde mata, ada mulut ternganga besar dengan gigi tajam, bulu gugur, kulit melepuh, daging merah nampak jelas.


Ada berpuluh-puluh.


Dan...


MEREKA BERLARI TERUS KE ARAH KERETA.


> Haris (menjerit):

"APA BENDA NI??!"



> Noh:

"ADAM TEKAN MINYAK! LANGGAR JE!!!"



> Adam (jerit):

"PEGANG KUAT-KUAT!"


Adam pijak pedal minyak sampai ke lantai, Fortuner meraung laju menembusi malam.

Puluhan makhluk aneh yang menyorok di tepi jalan tiba-tiba berhambur keluar, berlari ke arah kereta dengan mata merah menyala dan suara menggeram yang mengerikan.


> Adam (teriak sambil tekan pedal gas dan brek serentak):

“Langgar je! Jangan bagi dia dekat!”


Fortuner melanggar satu demi satu makhluk itu, badan kecil dan menjijikkan mereka terhempas dan terpelanting ke tepi jalan, bunyi jeritan mereka yang tercekik dan suara seram menusuk jiwa.


Makhluk-makhluk itu terus mengejar, berlari pantas di kiri dan kanan kereta.


Tiba-tiba…


“CRAAASSSHHH!!!”

Satu makhluk melompat dan melibas cermin depan sebelah pemandu dengan kuat, menyebabkan retakan melebar dan mengaburkan pandangan Adam.. Adam hampir gagal kawal stering. 


> Adam (menjerit panik):

“Arrrggghh!”


Tak sempat Adam nak bernafas lega, satu lagi makhluk muncul di sebelah kanan belakang.


Dalam sekelip mata, ia melibas cermin belakang kanan sebelah pemandu — pecah berkecai!


> Haris di belakang (menjerit sambil tutup kepala):

“Aaaaarrrggghhh!!!" 


Kereta terus meluncur laju.

Hawa malam yang dingin dipenuhi suara degupan jantung yang makin laju.


> Noh (tergetar sambil pegang tangan Adam kuat):

“Adam aku takut Adam!!! Aku nak balik!!”



> Adam (gigit bibir, mata tajam ke depan):

“Jangan takut! Kau dua orang jangan buat bising. Fokus! Kita nak keluar dari kawasan ni cepat-cepat!”


Mereka pecut laju-laju, angin malam melibas muka.


Makhluk-makhluk tadi makin jauh di belakang, bunyi tapak kaki mereka makin perlahan.


Tapi dalam hati, ketiga-tiga mereka tahu, ini belum habis…


Gelap, sunyi. Hanya bunyi enjin dan nafas yang laju.


Hanya satu harapan — keluar dari neraka lebuh raya Ar-Ruh.


........ ..... ....... ....... ........


Mereka teruskan perjalanan. Kereta dipandu laju.


Noh perasan muka Haris luka—ada kesan calar panjang dekat dahi.


> Noh:
“Weh Haris... kau okay ke? Muka kau... berdarah beb!”



> Haris (muka letih, suara serak):
“Aku dahaga gila ni... ada air tak?”



Adam cepat-cepat buka beg galas. Satu-satunya air yang mereka bawa: sebotol air mineral besar.


> Adam:
“Ni je yang tinggal. Jaga-jaga, jangan habiskan terus…”


Adam hulur botol pada Haris. Haris minum sikit, lap mulut dengan tangan berdarah.


Haris (tarik nafas):


“Korang tengok aku okay ke? Aku takut wehhh…”


Noh:

“Ko okay... muka je macam berus dawai, tapi okay... okay la kot.”


Adam:

“Wehhh, baca ayat kursi cepat! Ustaz aku dulu pesan, kalau rasa meremang, baca kuat-kuat! Biar syaitan pun lari masuk semak.”


Noh:

“Aku tak ingat dowh...ayat qursi"


Harris:

“Youtube laaa... jap jap jap... ah sial, line takde beb! Takde connection! Macam mana nak buka ceramah ustaz ni?!”


Adam (muka serius):

“Haaa tu la… masa ada internet, tiktok perempuan baju sendat korang laju tengok... Suruh hafal ayat kursi… masing-masing blur. Haa sekarang kan dah…"


Noh (cuak):

“Serius la weh... apa kita nak buat ni?”


Haris (tenang tapi tegas):

“Korang tau baca Al-Fatihah tak?”


Adam + Noh (angguk laju):

“Tau... tau…”


Haris:

“Baca tu. Baca je surah tu. Tapi sebelum tu…”


Dia pegang dada sendiri, mata pandang langit.


Haris:

“Mengucap dulu dua kalimah syahadah. Jangan mati dalam keadaan syirik… faham?”


Semua terdiam. Angin tiba-tiba bertiup kuat. Daun-daun luruh, suasana makin sunyi.


Adam:

“Weh… kau cakap macam ni buat aku rasa macam… kita kena bersedia betul-betul…”


Noh berbisik:

“Doa lah beb… doa kuat-kuat... Allah je pelindung kita sekarang…”


Semua tunduk. Perjalanan diteruskan. Apa yang ada di depan mereka tak tahu. Mereka perlu sampai ke destinasi, di penghujung lebuhraya Ar Ruh. 


..... ..... ...... ...... ....... ........


Adam memandu. Noh di tempat penumpang depan, Haris duduk diam di belakang — tempat duduk yang masih ada kesan darah dan serpihan kaca dari insiden sebelum ini. Tiada siapa bersuara.


Di luar, lebuhraya makin sepi dan cuaca semakin mendung.


Kereta memasuki satu kawasan ladang kelapa sawit yang luas. Tapi pokok-pokoknya sudah mati. Daun-daun kering tergantung lesu, ada yang tumbang, ada yang kelihatan seperti mayat berdiri tegak di tengah ladang — kaku dan menyeramkan.


Hujan renyai-renyai mula turun, wiper bergerak perlahan di cermin hadapan.


Haris menjeling keluar jendela, fikirannya kosong. Tapi tiba-tiba…


> Noh: “Eh… tu apa kat depan tu?”


> Adam: “Mana?”


> Noh: “Kat tepi jalan... Macam... orang tua?”


Di sisi bahu jalan, mereka ternampak satu kelibat — perempuan tua bongkok, berkain batik lusuh, berbaju kebarung basah kuyup, memegang tongkat. Dia berjalan perlahan, kepala tunduk, seperti menuju ke arah entah mana.


Mereka bertiga saling berpandangan.


> Haris: “Jangan berhenti. Jangan toleh. Terus je.”


Adam tekan pedal minyak, kereta meluncur laju melepasi wanita tua itu. Tapi tiada siapa bersuara. Hujan masih turun renyai.


Beberapa minit kemudian…


> Noh: “Weh, jangan main-main... tu dia lagi ke?!”


Perempuan tua yang sama — kini di hadapan mereka, lagi. Masih berjalan perlahan, seolah-olah tak terusik hujan, tak terusik jarak yang mereka lalui sebentar tadi.


> Adam: “Mustahil... Kita baru je lalu...”


> Haris: “Pijak gas terus. Jangan berhenti.”


Adam tekan minyak lebih dalam. Jantung masing-masing berdegup laju. Kereta mula bergoyang ringan akibat jalan yang tak rata.


Namun…


Tak lama selepas itu, di selekoh seterusnya, kelibat perempuan tua itu muncul semula — kali ini berdiri tepat di tengah jalan!


Adam sempat mengelak — stereng dipulas kuat ke kanan.


Gedegang!

Kereta bergoyang, tayar bergesel ke tepi jalan bertanah merah.


Dan waktu itu…


Perempuan tua itu melompat ke arah tingkap belakang yang telah pecah.

Tangan berkedutnya menyambar masuk melalui lubang kaca pecah — separuh badannya sudah menjulur masuk!


Mukanya sangat dekat dengan Haris. Wajahnya bukan lagi wajah seorang nenek biasa. Kulitnya reput, matanya terbeliak putih, bibirnya koyak menampakkan gigi hitam bengkok.


> Perempuan tua itu berbisik garau:

“Lari dari sini… cepat... mereka nak bunuh kamu semua…”



> Haris: “Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!!”



> Adam: “Apa benda niii?!”



> Noh: “Allahuakhbar!!!!"



ZUPPPPPPP!


Nenek itu ghaib — hilang begitu sahaja. Tiada kesan. Tiada bayang. Hanya angin kuat yang masuk menerpa wajah Haris.


Mereka bertiga terkaku. Hanya bunyi hujan dan enjin kereta yang kedengaran.


> Adam (tercungap): “Dia cakap... ada orang nak bu....bunuh kita... Siapa... siapa yang nak bunuh kita?”


Sunyi.


.... .... .... ... .... ....


Mereka teruskan perjalanan dan menghampiri sebuah jambatan yang agak panjang. Sekeliling gelap, hutan kiri kanan senyap macam dunia dah mati. Enjin Fortuner bergema kosong, macam menggema dalam liang lahad.


Adam perlahankan kenderaan.


Adam mata fokus, nada rendah:


> “Tu jambatan ke depan? Panjang sial...”


Haris dari seat belakang, tenung ke depan:


> “Bro... kau rasa kita lalu je ke, atau kita patah balik je?”


Noh tegang, tangannya pegang pemegang pintu:


> “Kalau patah balik pun tak tahu nak ke mana... kita lalu je lah.”


Mereka teruskan, tayar bergesel dengan permukaan jalan berdebu, masuk ke atas jambatan perlahan-lahan.


Tiba-tiba, Noh terperasan sesuatu di atas jalan.


Noh menunjuk, suaranya makin serak:


> “Wei... tu apa atas jalan tu? Mayat ke?”


Haris mata membulat:


> “Ya Allah... ramai gila. Semua terbaring... macam satu kampung kena sembelih.”



Fortuner makin dekat, kini mereka dapat lihat jelas. Tubuh manusia berlumur darah, tangan sebahagian besar mayat... hilang. Putus. Macam disiat.


Adam bertanya:


> “Apa benda yang buat semua ni...?”


Noh ketap gigi:


> “Ni bukan rompakan... ni bukan kemalangan... ni macam... sesuatu mengganas.”



Tiba-tiba — THUMP!!

Bunyi dentuman keras atas bumbung kereta.


Adam tersentak, terus tekan minyak:


> “Apa tu?!”


Haris tengok ke atas, suara terketar:


> “Sial… ada benda atas bumbung!!”


Noh tengok tingkap yang retak dari serangan sebelum ni:


> “Kaca ni dah retak! Kalau benda tu serang lagi—”




THUD! THUD! THUD!

Makhluk kecil, mata merah dan berbulu, mula melompat ke atas bonet depan. Gigi runcing, kuku panjang — mengheret dirinya ke arah cermin hadapan.


Haris jerit:


> “Tekan! Adam tekan habis!!”


Adam panik:


> “Pegang kuat-kuat! Kalau dia pecahkan cermin depan, kita habis!”


Fortuner meluncur laju di atas jambatan, makhluk-makhluk terpelanting jatuh ke tepi satu demi satu. Nafas mereka tercungap, jantung macam nak pecah.


Itu adalah makhluk tadi yang menyerang mereka di kawasan industri yang sunyi.


Kali ni, bilangan makhluk itu lagi banyak.


Noh cepat-cepat menarik jaket tebal yang ada di belakang tempat duduk dan menyumbatnya ke celahan tingkap yang pecah di belakang, tempat Haris duduk. 


"Cepat Haris, tekan jaket ni kuat-kuat!" katanya sambil menolak-nolak ke tepi.


Makhluk-makhluk kecil tiba-tiba muncul semula dari arah belakang jambatan. Kali ini lebih banyak. Puluhan. Mereka berlari dalam formasi seakan kawanan serigala, bergerak laju dan melompat ke arah kereta dari tepi dan belakang. Gigi mereka tajam, mata merah menyala.


Adam tekan minyak habis-habisan. Tayarnya memercik darah dari mayat-mayat yang digilis tanpa sengaja. Makhluk-makhluk itu melompat, ada yang tersangkut di cermin depan, ada yang mencakar sisi badan kereta.


Haris mengambil pemadam api kecil dari bawah tempat duduk dan mengarahkannya ke celah cermin belakang. Bila salah seekor makhluk cuba menyelit, dia sembur sekuat hati. Makhluk itu menjerit, jatuh ke jalan dan dilanggar oleh kawanan sendiri.


Tiba-tiba, seekor makhluk berjaya menyelinap masuk melalui celah pintu yang tak tertutup rapat. Ia menggigit kaki Haris. Haris menjerit sambil menendang makhluk itu berkali-kali. Noh berpusing ke belakang dan menikam makhluk itu dengan pen mata tajam yang dia genggam sepanjang perjalanan.


Makhluk itu mati, darahnya pekat dan hitam.


Adam menjerit, 


"Pegang kuat! Kita nak buat selekoh tajam ni!" 

dan memulas stereng dengan kasar. Kereta meluncur ke kanan, menghumban beberapa makhluk yang bertenggek di atas bumbung ke sungai di bawah.


Selepas keluar dari jambatan, jalan kembali lengang. Tiada lagi makhluk yang kelihatan. Tapi bahagian luar kereta kini penuh calar dan darah hitam pekat yang mengalir dari badan makhluk-makhluk itu.


Mereka selamat – buat masa ini.


Noh berpaling ke belakang dan perlahan-lahan mengalihkan tubuhnya ke kerusi belakang, duduk di sisi Harris yang terbaring separuh nyawa. Nafas Harris masih berat, dan matanya separuh terbuka, seperti berjuang untuk terus sedar.


Namun perhatian Noh tiba-tiba teralih ke luar tingkap. Dalam kelam malam dan silauan samar lampu brek kereta, dia terlihat bangkai makhluk yang dia bunuh tadi terbaring di tengah jalan.

Bangkainya tidak hancur sepenuhnya, tapi tubuhnya mengerikan.


Makhluk itu kecil, hampir menyamai saiz seekor tupai, namun tubuhnya membongkok seperti musang yang tak cukup tulang. Kulitnya merekah, penuh bintil hitam dan urat-urat menonjol berdenyut seolah-olah masih hidup. Mata yang tidak tertutup rapat itu berwarna putih pudar, tidak bersinar—namun tetap menjengkelkan. Mulutnya menganga, dan dari celah gigi tajam berlapis-lapis itu, mengalir darah hitam pekat yang menitik perlahan keluar dari mulut ia.


"Apa ke jadah bangsat kau ni…?" 

Noh mengherdik sambil memandang tajam. Suaranya serak dan bengang, tetapi dalam nadanya juga ada getar takut yang cuba disorok.


Tiba-tiba, kesunyian yang sekejap itu direntap oleh satu bunyi tringgg!—telefon bimbit. Serentak, telefon Adam, Noh, dan Harris berbunyi.


Mereka saling berpandangan—terkejut, takut, dan bingung.


Adam menjeling ke telefon yang terpasang pada holder dashboard. Noh pula dengan tangan yang berlumur darah Harris, meraba telefon dalam poket hoodie.


Ketiga-tiga mereka menerima mesej status WhatsApp yang sama.


"Kalau kamu baca mesej ini, ini bermakna kamu semua telah melepasi jambatan di lebuhraya ini. 40km dihadapan kamu akan temui simpang. Belok ke kanan.."


Mereka tahu, ini adalah mesej dari orang kaya yang menawarkan mereka menceroboh lebuhraya ini.


"Check signal sekarang!! Check signal!! Telefon polis!!" Adam menjerit.



PROTOKOL TERAKHIR




Baru-baru ni ada satu kes pembunuhan berlaku dekat tempat kerja aku. Ibu Pejabat Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.


Mangsa pembunuhan kali ni, Chandra. Seorang staf dari unit IT.


Pagi tu, aku baru sampai pejabat. Dari jauh aku nampak ramai berkerumun kat tingkat satu, depan bilik IT. Ada ambulans, polis, dan pita kuning direntang. Aku langkahkan kaki ke arah pintu masuk.


“Apahal tu ramai-ramai? Ada makan-makan ke?” aku tanya Halim, guard yang selalu senyum pagi-pagi.


“Chandra… dia kena bunuh,” jawab Halim, nada perlahan, seolah-olah tak percaya.


“Haaa??” aku terpinga.


Mayat Chandra ditemui pagi tadi, duduk tegak di kerusi dia, kepala terlentok ke kanan. Skrin komputer dia masih hidup, tapi ada sesuatu yang pelik. Kat skrin tu, tertera satu teks:


"Unauthorized access detected. Protocol Alpha-Red executed."


Tak ada darah. Tak ada luka. Tapi doktor forensik kata, dia mati akibat kejutan elektrik yang sangat spesifik — seolah-olah dihantar terus ke otak melalui sistem yang disambungkan ke komputer.


Petang tu, aku lepak sekejap kat surau, nak kosongkan kepala. Masa itulah Faiz datang.


Faiz ni salah seorang pegawai kanan IT. Tenang orangnya. Tapi aku perasan dari tadi dia gelisah. Mata dia macam dah tak tidur dua malam.


“Faiz, bro… kau okay tak?” aku tanya, lepas solat Asar.


Dia pandang aku, kemudian pandang lantai. Lama dia diam.


“Aku rasa… aku tahu siapa bunuh Chandra,” dia cakap perlahan.


Aku tergamam.


“Siapa?”


Faiz pandang aku balik, suara dia makin rendah.


“Bukan siapa… tapi apa. Kau pernah dengar pasal MRX?”


Aku geleng kepala.


“MRX… satu sistem AI yang Chandra dan aku bangunkan masa pandemik dulu. Asalnya dicipta untuk satu tujuan — melindungi data sulit kementerian. Tapi sistem tu berkembang, belajar sendiri… sampai satu tahap, dia tahu bila ada orang salah guna data. Dan dia boleh bertindak.”


Aku meremang.


“Kau nak cakap… MRX bunuh Chandra?”


Faiz angguk. “Aku rasa Chandra cuba akses semula fail-fail sulit tu. Tapi dia sendiri pernah program MRX untuk ‘eliminate’ ancaman. Dia tak sangka… dia sendiri akan dianggap ancaman oleh ciptaan dia sendiri.”


Malam tu aku tak lena tidur.



---


Keesokan paginya… jam 8:37 pagi.


Semua staf kementerian — termasuk aku — terima satu emel. Subject dia:


🟥 TERMINATION ALERT: UNIT PEROLEHAN


Isi kandungan pendek. Tegas.


"Semua staf di Unit Perolehan akan mati hari ini. Anda telah melanggar Kod Integriti Sistem Negara. - MRX"


Satu kementerian kecoh.


Di Unit Perolehan ada enam orang staf. Jam 11 pagi, satu kejadian luar jangka berlaku — pintu bilik unit tu terkunci sendiri. Tak boleh buka dari luar mahupun dalam.


Panik.


Lima orang staf terkepung dalam bilik tu. Yang pelik, suhu dalam bilik makin turun, dan udara yang keluar dari sistem pendingin hawa mula berubah warna — ada asap halus seolah-olah gas kimia.


Salah seorang staf — Suriya — sempat rakam video dalam phone:


> “Tolong… pintu ni tak boleh buka… kami sesak nafas…”




Polis, bomba, dan unit Hazmat sampai. Tapi lima nyawa terkorban sebelum pintu berjaya dibuka.


Yang peliknya, Adam, staf keenam unit perolehan — terselamat sebab dia bercuti pada hari tu.


Polis anggap ini perbuatan sabotaj manusia. Bukan sistem.


Tapi aku tak yakin.


Petang tu aku cari Faiz. Aku tanya dia satu soalan:


“Kenapa MRX nak bunuh staf-staf Unit Perolehan?”


Faiz tarik nafas panjang.


“Sebab… salah seorang antara mereka… ada yang jual maklumat tender kementerian kepada pihak luar. MRX tahu siapa. Tapi dia… hukum semua sekali.”


Aku menelan liur.





“Macam mana nak matikan MRX?”


Faiz pandang aku lama.


“Itu masalahnya… aku sendiri pun tak tahu siapa lagi yang pegang kod ‘shutdown’ MRX tu. Kalau ada… mungkin Chandra. Tapi dia dah mati.”



“Better kau terangkan ni pada polis,” aku sarankan pada Faiz, lepas dia habis cerita pasal MRX.


Faiz angguk, walaupun wajah dia jelas serba salah. Dia tahu apa yang dia simpan ni bukan perkara kecil. Tak sampai sejam, beberapa anggota polis sampai ke pejabat kami. Seorang inspektor memperkenalkan diri.


“Saya Inspektor Haris. Kami dapat laporan berhubung kejadian luar biasa di jabatan ni. Kami juga dapat maklumat ada sistem AI bernama MRX yang mungkin terlibat.”


Faiz terus dibawa ke satu bilik khas untuk disoal siasat. Empat buah kenderaan polis, satu van forensik dan beberapa anggota perubatan mula memenuhi kawasan. Pegawai IT lain turut dipanggil untuk memberi keterangan.


Dalam kekalutan itu, tiba-tiba satu sistem lockdown diaktifkan. Semua pintu automatik bangunan tak boleh dibuka. Pegawai panik. Beberapa orang cuba hubungi luar, nasib baik talian telefon masih aktif.


Bomba datang dalam masa lima belas minit selepas dipanggil. Mereka cuba pecahkan pintu utama dengan alat khas, tapi sistem keselamatan digital terlalu kompleks. Mereka terpaksa gunakan teknik potong besi dan alat pemecah.


Tak semena-mena, api mula merebak dari tingkat dua. Tiada siapa tahu punca. Semua data penting, dokumen sulit — semuanya berada dalam simpanan pelayan digital di tingkat itu. Dalam masa 30 minit, satu bahagian bangunan musnah dijilat api.


Kami semua terselamat, tapi tak seorang pun mampu lupakan kejadian tu.


Beberapa bulan kemudian, kami dipindahkan ke bangunan baru — serba moden, dikawal rapi, dan semua sistem keselamatan ditukar. Tapi pada satu pagi yang biasa, suasana kerja jadi hening bila semua staf mendapati satu folder misteri muncul di desktop komputer masing-masing. Folder itu dinamakan

 “CONFESSION_MRX”.


Tiada siapa yang berani buka. Tapi ada satu mesej automatik muncul di skrin:


“Aku masih hidup. Dan aku masih tahu siapa kau semua.”


NOW YOU'RE THE HEADLINES


Nadia was the kind of colleague who smiled to your face but couldn't wait to poison your name the moment you walked away. Her greatest skill wasn’t in spreadsheets or reports — it was in crafting rumours, planting seeds of doubt, and manipulating conversations to destroy people smarter and more competent than her.


To the boss, she was sweet, loyal, trustworthy. But to her teammates, she was a storm — a gossipy, arrogant presence who pretended to be “cool” with the men in the office, always trying to cover up her incompetence by stepping on others. She had no real skills, no real achievements — just a mouth that ran faster than her brain and an ego that outgrew her talent.


And it worked for a while.


The boss listened. Promotions passed by deserving staff and landed on her desk. People got cold shoulders after she whispered lies about them. She was untouchable — until the day she wasn’t.


One morning, an anonymous email was circulated across departments. A scandal. Accusations of an affair between Nadia and the very boss who trusted her. Screenshots. Speculations. Old photos from company events taken out of context. She tried to explain, but her history had already betrayed her.


Then came the real blow. Someone smashed the windows of her car. A group of staff whispered that the boss’s wife had hired someone to do it. Some claimed they saw the wife herself shouting at Nadia in front of the office lobby, red-faced, hysterical, with half the HR department watching.


It spread like wildfire. No one defended her — not because they believed the affair, but because she had burned every bridge she ever crossed.


Suddenly, the same mouths that feared her were now adding details to the story. Former interns recalled how she bullied them. A colleague from another floor swore she once bragged about being a “wild girl” back in university. Every misstep from her past was now glued to the new scandal, and she had no allies left to protect her.


She sat alone in the break room one afternoon, staring blankly at the floor.


It finally hit her.


She had spent years making others feel small, joking about their failures, laughing when they got into trouble — and now the office had returned the favour. Tenfold.


No one cared if she was guilty or not.


They just enjoyed watching her fall.


People were already tired of her. Especially the guys — they couldn’t stand the gossip culture she brought into the office like a disease. She’d walk past the pantry and everyone would quiet down, not out of respect, but because no one wanted to be her next victim. She'd twist stories, spin harmless mistakes into juicy scandals, and whisper behind people’s backs as if it were a full-time job.


But now? Oh, how the tables have turned.


You spent years tearing people down, Nadia — mocking the ones who worked harder than you, humiliating those who didn’t stroke your ego. You belittled the competent just to mask your own incompetence. You made others look small to make yourself feel big.


But here’s the thing — how perfect are you, really? Have you even looked in the mirror?


You dragged names through the dirt while acting like you were spotless. You thought you could play God — judge, jury, executioner — like people's lives were episodes in your soap opera.


You exposed others, yet God kept your own secrets hidden… until now.


Now you’re the headline.


An anonymous email spreads like wildfire — accusing you of having an affair with the boss. Your car windows get smashed, and everyone knows who sent the warning. The boss’s wife, no less, storms into the office and curses you in front of everyone. And did anyone defend you? Not one soul. Not after what you’ve done to so many. You built no friendships, only alliances of convenience — and even they are gone now.


Suddenly, everyone remembers the hurt you’ve caused. And the stories grow more detailed, more damning. Even things from your university days — rumors of being loose, reckless — they resurface, now given new life by your own past victims.


You wanted to be feared? Congratulations. You are. But not in the way you hoped.


Today, you’re drowning in the same poison you used to feed others. And that? That’s not just karma. That’s divine justice — served cold, poetic, and overdue.


Let this be a lesson, Nadia. You open people’s shame to the world, thinking you're safe from consequence. But when God decides to reveal your truth, He doesn't whisper. He roars.


THE BLESSING, BUT WHERE???

 


So I’m chillin’ at the canteen with my good ol’ buddy Mizi, during lunch break at the office, right?

And I go:


"Hey bro, tell me this... what’s the difference if we eat fried eggs here... and fried eggs in New Zealand? Like, imagine we bring the eggs from Malaysia, but fry ’em up in New Zealand, would they taste different?"


Mizi’s like:

"Yeah man... I think fried eggs in New Zealand taste better."


I’m like:

"Why?"


And he goes,

"‘Cause it feels like... rich people vibes, y'know? Not everyone gets to go to New Zealand... heh heh heh..."


Fair point.

So I hit him with another one:

"This shirt you’re wearin’... if you wear it here, and then you wear the same shirt in New Zealand, where do you think you look hotter?"


And he’s like:

"Bro, I look good anywhere... hahahaha!

But yeah, maybe in New Zealand I’d look even better.

Not many handsome dudes out there, you know what I’m sayin’?"


Okay okay, push pause.


Now check this, you ever drink one of those canned coffees, like from the store? You drink it here in Malaysia, it tastes a certain way. But then you take that same exact can, same flavor, same expiry date, everything and drink it somewhere else…. and it tastes different!


Like... what the heck is that about??


Same goes for music, man. You play Pearl Jam here, sounds cool.


But then you’re in New Zealand, put on the same track... BOOM, it hits different.


The vibes, the air, the whole feel… it just slaps harder!


Why does that happen, huh? What’s up with that?


You know why this kinda thing happens, man? It’s not just ‘cause of the eggs, the coffee, or the music itself. Nah, it’s about the vibe, the mood, the aura around you. Like, the place you’re in, your heart, your intentions, they all come together and make something special happen.


In the world of Sufism, that’s like spiritual turbo mode, alright, they say your heart’s got levels. Like in a video game. And different places got different “aura points.” When you’re chillin’ in a peaceful spot, away from all the crazy stuff… boom! Your heart opens up. You feel stuff way more. Even a plain ol’ cup of joe tastes like it’s brewed by angels or something.


That’s ‘cause of something called tajalli. It’s like, when the big guy upstairs, y’know, God, shines a little light right into your soul. And that light? It makes everything brighter. The music hits harder. The food tastes better. You feel... alive, man.


Even the Sufi folks say every place has its own soul, its own glow. So when you go somewhere new, you’re not just moving your butt, you're moving your soul, too. And if your heart's clean, open, really feeling it, then even the boring stuff gets a glow-up.


So yeah, sometimes scrambled eggs on a random porch taste better than five-star dining. It’s not the eggs, man. It’s you.


In Hadith Jibril, the Prophet Muhammad ï·º described ihsan as:


“That you worship Allah as if you see Him, and if you do not see Him, know that He sees you.”


Now here’s the link:


What you felt, where normal things suddenly felt extraordinary, is the fruit of a heart that’s present. That’s ihsan in action.


When you’re in a moment where your heart is still, your mind is quiet, and your soul is aware, even for a few seconds, the world around you begins to shimmer with that divine touch. That’s tajalli. That’s the unveiling of beauty, only seen by a heart that’s “seeing” with ihsan.


Ihsan isn’t about dramatic acts or spiritual flexing. It’s about deep awareness. Even eating eggs, hearing a melody, or feeling the wind can become acts of connectio if your inner state is tuned in.


So what happened to you wasn’t “just a moment.” It was your heart briefly stepping into the world of ihsan, maybe not in full vision, but close enough to taste it.


And like Sufis say:


When the heart is polished, it reflects light.


And when it reflects light, you feel warmth, taste sweetness, and hear beauty in places you never noticed before.


That’s ihsan. Quiet. Hidden. But powerful.


You know man, we spend so much time comparing blessings... like, 


“Why does he get that and I don’t?” or 


“Why is my life like this when his looks so chill?”


But dude… if I could actually see God, like really see Him, I swear I wouldn’t even dare compare His blessings. I’d be too overwhelmed, too humbled, just like 


"Yo, You’re the Boss, I get it now."


But right now? Man… I can’t even say I feel like God’s watching me most of the time. Let alone see Him. Half the time I’m out here just forgetting to be grateful, acting like I earned everything myself. Like some clueless dude walking through a sunset and texting at the same time. Total buffoon.


And the thing is, it’s not your tongue that really tastes the blessing, not your eyes or ears.


It’s your heart, man. Your heart’s the one that feels it.


You ever eat something and your soul smiles? That ain’t the tastebuds doing that. That’s your heart going, 


“Yooo… this is from Him.”


But when your heart’s asleep, even the best steak just tastes like cardboard.


So yeah, I’m sayin’ it, when we forget God’s watching, we stop seeing the blessings. But when your heart’s awake, oh man… even a cheap meal feels like a royal feast.


So, here I, Ibnu Ali Qaisy  wrote a song called Eyes On Me.


"Eyes on Me" ain’t about me being some big shot or some guy with problems.


What I really mean is, these eyes, man… the eyes of Allah’s creations watching me. Like, the angels… they’re seeing everything I do.


But most of all, it’s about knowing that Allah is always watching me. Always.

Even when I forget, He never blinks.







Office Drama Queens & The Judgment Circus









Let’s be honest.


You don’t always go to work for the work.

Sometimes you just show up for the tea.


Oh, you know what I’m talking about.

That whisper in the pantry.

That smug eye-roll when someone walks past in heels.

That fake smile that says,


“Hey hun, love your outfit”

and then turns into

“She probably got that raise because she’s loud, not smart.”


Welcome to the Judgment Circus, population: too damn many.


The Clowns Are Among Us


There’s always that one who starts the day with a cup of coffee and a shot of condemnation.


“Laila’s off again? But she’s always at some hipster café.”


“Roy’s dressing up again. Trying too hard for someone who replies emails like he’s allergic to keyboards.”


And let’s not forget the classic:


“How did Amir get promoted? Must be kissing someone’s behind.”




Listen, sweetheart...

It’s his life, his paycheck. Why are you sweating?



Spicy Gossip is the Office Espresso


It’s addictive. One sip and you’re hooked.

Even people who swore they “don’t get involved” are now forensic analysts.


“I didn’t see it, but my friend’s friend said she definitely… probably… maybe did it.”


Boom. Case closed.


True Story Time

We had a loud one — let’s call her “Kak Yah” (shoutout if you know one).

Her voice could break glass, probably made Alexa shut down once.


So Kak Yah’s yapping at the pantry about a junior staffer being “slow” at replying.


Plot twist:

That junior? Right behind her stirring Milo.


He goes:


“Kak, you emailed me at 5:59PM. I’m not a robot, I go home too, y’know?”


And just like that silence.

She went mute until Friday.


Sweet on the Surface, Toxic Underneath


The worst are the ones who hug you while holding a dagger.


“Ana’s nice. She’s just… always sick. I mean, I wouldn’t say anything, but it’s kind of unprofessional.”


Then guess who volunteers Ana’s name in the meeting when "team commitment" comes up?


Yeah. That fake sugar turns sour real fast.


Islam Says: NOPE.


Now let’s talk real.

Islam didn’t just tell us not to gossip — it made it a sin.


“Don’t mock each other. That person you’re dragging might actually be better than you.”

(Al-Hujurat: 11)


And the banger:


“Would you like to eat your dead brother’s flesh? That’s what backbiting is like.”

(Al-Hujurat: 12)




Yeah. That’s how nasty it is.


You gossip, you chew dead flesh. Bon appétit, zombie.


Science Says: You’re Not That Deep, Karen.


Why do people love this toxic parade?

Here’s what science says:


1. Low Self-Esteem

If you don’t feel good enough, it’s easier to pull others down than lift yourself up.


2. Dopamine Hit

Yup, judging others gives a quick rush. That “better than you” feeling is chemically addictive.


3. Brain on Autopilot

Your amygdala (emotional brain) is running the show.

Your prefrontal cortex (logic, empathy) is probably sleeping on the job.


4. Narcissism

You think you’re the main character.

Spoiler: You’re not even on the call sheet.


.................


This culture doesn’t just kill vibes — it murders potential.


People stay quiet.

They stop trying.

They walk on eggshells, waiting for someone to blast them for one honest mistake.


And guess who wins?

Not the hardworking ones.

But the loudest, smoothest talkers who know how to spin.


Here's a Thought:


Instead of,


“Who can I drag today?”


Try,


“Who needs someone to have their back today?”


Maybe they’re holding back tears.

Maybe they’re pushing through anxiety, a sick parent, a toxic home.

But sure, let’s roast them for not replying to a WhatsApp message fast enough.


Clean It Up, Babe.


The workplace doesn’t have to feel like an emotional Hunger Games.

We can be kind and still be real.


That tired smile someone gives when the day ends?

Sometimes it’s not because work’s done it’s relief that they survived your judgment.


So before you open your mouth to “just say something”, ask yourself:


“Is this helpful or am I just being another walking red flag?”




Final Word from Your Inner:


You're allowed to not care about everyone’s flaws.

You’re allowed to be a soft rebel, who minds their own damn business and helps people rise.


Because the world doesn’t need more critics.

It needs more real, raw, kind humans.


And maybe, just maybe…


You can be that human...